Sunday, January 24, 2010

PELAKSANAAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN




KERTAS KONSEP

PELAKSANAAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2008
STRATEGI 'MULTITASKING'


DISEDIAKAN OLEH

YEW KOK LEH
PENGETUA
JUN 2008



Pendahuluan
Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang disiarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005 menjelaskan antara lainnya memastikan semua anggota Perkhidmatan Awam mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun. Selaras dengan itu dan sebagai satu langkah memartabatkan profesion keguruan (PIPP Teras 5), setiap guru mesti mengikut 7 hari kursus dalam setahun; 2 hari di peringkat JPNJ, 2 hari di peringkat PPD dan 3 hari di peringkat sekolah.

Satu sesi taklimat Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP) telah diberi oleh Tuan PPD dan Pegawai LDP PPD Kluang kepada Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan sekolah pada 13 Mei, 2008. Tuan PPD pesan semua sekolah di daerah Kluang menyelesaikan kursus 3 hari itu selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2008. Semua sekolah mesti menubuhkan satu jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan (JK LDP) di peringkat sekolah. Semua kursus perlu didaftar mengikut prosedur pelaksanaan LDP di peringkat sekolah. Tuan PPD juga memberi pesanan bahawa kandungan kursus perlu memberi tumpuan yang lebih kepada aspek pedagogi selaras dengan konsep 'Guru Mengajar, Murid Belajar'. Kursus-kursus ini mesti dijalankan di luar waktu p&p.

Cara kiraan jumlah kredit jam yang minimum untuk mencapai 3 hari LDP peringkat sekolah adalah seperti berikut:-
• 18 jam setahun
• 6 jam (tidak termasuk kudapan dan makan tengah hari) dikira sebagai sehari
• 2 jam x 3 kali dikira 1 hari
Kursus dan kredit jam perlu direkod di dalam kad biru.

Keperluan Multitasking

Terdapat beberapa kekangan yang sedia ada dalam penentuan hari dan masa untuk menjalankan LDP di peringkat sekolah. Terdapat juga pertindihan aktiviti antara sekolah dan peringkat yang lebih tinggi seperti daerah dan negeri. Oleh itu, pihak pengurusan sekolah cuba menggunakan satu strategi sesi selari di mana beberapa jenis aktiviti (Kokurikulum / LDP / Lain-lain) boleh diurus dan dijalankan secara serentak pada hujung minggu. Selain itu, kursus-kursus yang tidak melibatkan ramai guru boleh juga dijalankan selepas sekolah untuk sesi pagi atau sebelum sekolah untuk sesi petang. Strategi ini dikenali sebagai Strategi Multitasking Hujung Minggu atau secara singkatnya, Strategi Multitasking.

Strategi ini akan memudahkan perjalanan aktiviti kokurikulum secara serentak dengan LDP dan lain-lain aktiviti yang diperlukan pada hujung minggu yang bekerja. Mengikut kamus Longman, Dictionary of Contemporary English, maksud Multitasking memberi erti kemampuan untuk melakukan lebih daripada satu tugas pada masa yang sama.

Multitasking dalam konteks strategi ini bermaksud melaksana dan menguruskan lebih daripada satu jenis aktiviti pada hari yang sama, khasnya pada hari Sabtu bekerja. Jenis aktiviti bermaksud : Aktiviti kokurikulum dikategorikan sebagai sejenis aktiviti manakala LDP ialah jenis aktiviti yang lain. Selain itu, aktiviti-aktiviti Lembaga Pengawas, Lembaga Ketua Tingkatan, Unit Media dan Pusat Sumber dikategorikan sebagai jenis-jenis aktiviti yang lain.

Untuk memudahkan urusan pengagihan guru/staf, tempat dan masa supaya tidak berlaku pertindihan, satu grid yang dikenali sebagai Grid Multitasking akan disediakan untuk merancang, menyelaras dan merekod penglibatan guru-guru mengikut jenis aktiviti yang ditetapkan. Melalui penyelarasan dan persediaan awalan dengan Grid Multitasking LDP dapat dilaksanakan secara serentak dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum dengan lebih teratur dan sistematik.

Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan

Pengerusi : En Yew Kok Leh (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : En Mohd Noh Bin Mohd Yussof (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Pn Faridah Omar (PK HEM)
En Ng Cher Luang (PK Koko)
En Yew Puay Huat (PK Petang)
Setiausaha : Pn Aishah Mohamad
Ahli Jawatankuasa : En Lee Choo Chai (GK Sains & Matematik)
En Ahmad Kusaini Safri (GK Bahasa)
Pn Hjh Siti Kittiyah (GK Kemasyarakatan)
Pn Loke Muh Erh (GK Teknik & Vokasional)
En Ismail Yon (Guru Media)
Pn Rozila Rahmat (Ketua Kurikulum Petang)
Tn Hj Ezudin Adnan (Kestabol)
Cik Hjh Aminah Hairan (KPT)
En Ramli Juri (Bendahari PIBG)


Modus Operandi

1. Perancangan dan penerangan kertas konsep.
2. Pembentukan jawatankuasa LDP.
3. Perancangan aktiviti kokurikulum, LDP dan lain-lain aktiviti.
4. Pelantikan pengurus bahagian masing-masing.
5. Isikan borang Grid Multitasking Hujung Minggu.
6. Persediaan LO, pesanan mengikut prosedur PTJ untuk LDP.
7. Lakukan prosedur biasa masing-masing seperti surat panggilan, jawatankuasa, peralatan, kehadiran, pelaporan dan dokumentasi, dan lain-lain.
8. Prosedur pensijilan LDP, rekod kursus, pembayaran (PTJ), pelaporan ke pihak PPD dan JPNJ.

Semua peserta kursus perlu menyediakan sebuah fail peribadi untuk menyimpan surat panggilan, buku program kursus, bahan-bahan kursus dan sijil untuk rujukan pada hujung tahun. Peserta-peserta juga perlu merekodkan kehadiran mereka untuk tujuan kiraan keperluan minimum 7 hari kursus setahun. (Lebih penting lagi, semua peserta dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam tugas profesionalisme masing-masing.)

Prosedur Kerja LDP Peringkat Sekolah

Carta aliran yang berikut menunjukkan proses LDP dari perancangan sehingga ke pelaksanaan dan pelaporan.


Kandungan LDP

Bidang-bidang mengemukakan cadangan-cadangan kursus yang berkaitan dengan keperluan bidang masing-masing. Selain itu, kursus umum untuk semua juga dirancang mengikut keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah. Dalam situasi di mana tiada tindihan guru berlaku, dua atau lebih kursus boleh dijalankan secara serentak. Sebagai contoh kursus BM boleh dijalankan serentak dengan kursus BI; atau kursus Matematik boleh dijalankan serentak dengan kursus Sejarah.

Secara anggaran, 50 orang guru akan dilibatkan dalam LDP dan 40 orang guru yang lain akan dilibatkan dalam aktiviti kokurikulum. Jika ada aktiviti ketiga (seperti bahagian media, kaunseling atau kerjaya) diadakan, taburan guru adalah mengikut keperluan masing-masing. Aktiviti-aktiviti tambahan ini perlu diluluskan oleh pihak pentadbiran lebih awal lagi untuk mengelakkan penglibatan guru-guru yang sama. Melalui penyelarasan yang rapi, strategi ini dapat mengelakkan keperluan menggunakan hari Sabtu melebihi dua kali sebulan. Pada dasarnya, mana-mana dua hari Sabtu boleh digunakan tetapi melainkan dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan, hari Sabtu yang kedua dan keempat akan dipilih untuk Multitasking.

Kajian Strategi Multitasking Hujung Minggu Melalui Kerangka 4-Tindakan

Rasional dan kelebihan menggunakan Strategi Multitasking Hujung Minggu boleh ditelitikan melalui Kerangka 4-Tindakan (Four Actions Framework--Blue Ocean Strategy) yang berikut:

Eliminate (hapuskan)

- Tanggapan satu hari satu jenis aktiviti sahaja (Single tasking)
- Identiti hujung minggu Koko sahaja
- Keperluan menggunakan lebih daripada 2 Sabtu sebulan
- Tindihan tugas guru

Raise (tingkatkan)

- Kemahiran mengurus sesi secara serentak
- Peluang peningkatan profesionalisme guru
- Kehadiran dan penglibatan murid dalam aktivti koko
- Keberkesanan mengurus pelbagai jenis aktiviti yang dituntut oleh kementerian
- Kecekapan pelaksanaan PIPP 2006-2010

Reduce (kurangkan)

- Masalah penangguhan atau pembatalan aktiviti kerana tidak dapat mencari hari dan masa yang sesuai
- Kekeliruan jadual bertugas dan tindihan tugas melalui Grid Multitasking
- Masalah penyelarasan antara koko dengan aktiviti-aktiviti jenis lain Create (ciptakan)

- Grid Multitasking
- Pengurus Utama
- Pengurus Bahagian
- Identiti hujung minggu pelbagai jenis aktiviti
- Suasana profesionalisme keguruan pada hujung minggu

Kandungan Kertas Kerja LDP Peringkat Sekolah


1. Tajuk Kursus
2. Pendahuluan
3. Rasional
4. Objektif
5. Sasaran
6. Jangka Masa
7. Tempat
8. Sumber Kewangan
9. Kos
10. Sumber Tenaga
11. Pengisian
12. Strategi Pelaksanaan
13. Penilaian
14. Perakuan Penulis Kertas Kerja
15. Pengesahan Pengetua
16. Senarai AJK
17. Senarai Peserta
18. Jadual Kursus (Tentatif)

Kandungan Laporan Kursus

1. Tajuk kursus
2. Tarikh
3. Masa
4. Tempat
5. Kehadiran
6. Jadual
7. Laporan Aktiviti
8. Dokumentasi
9. Pengesahan Pengetua
10. Lampir bersama kertas kerja, surat panggilan dan bahan edaran kursus--siapkan dalam 5 salinan untuk :
(i) PPD (ii) Pengetua (iii) Fail LDP Sekolah
(iv) SU LDP (v) Fail dalam PPK

Cara Menulis Kehadiran Peserta

Bil. Nama Peserta Gred No. K/P T/Tgn
1.
2.
3.
Jadual Tentatif LDP Hujung Minggu (Contoh)

Masa : 8:00 pagi - 12:00 tengah hari Hari : Sabtu

Tarikh Koko LDP
14/6/08 Hari Gerko Tiada

28/6/08 Perjumpaan Koko 1. S/M : PPSMI--Komunikasi Inggeris (2 J);
Penggunaan GSP Dalam Sains & Matematik (2 J)

2. BH : Pemantapan Tatabahasa BM (3 J);
Bengkel Operasi Alatan Multimedia Untuk Guru BM (1 J)

12/7/08 Perjumpaan Koko 1.T/V : Pengoperasian dan Pemurnian PBS KH (3 J);
Bengkel Baikpulih Alatan Asas KH (1 J)

2. KM : Kursus Penandaan Sejarah (3 J);
Bengkel Penggunaan Bahan Grafik Dalam P&P Sejarah (1 J)

26/7/08 Perjumpaan Koko 1. S/M : PPSMI-- Komunikasi Inggeris (2 J);
Teknik Lanjutan PowerPoint Untuk Guru Sains & Matematik
(2 J)

2. BH : Pembinaan Modul P&P Bahasa Malaysia (4 J)

30/8/08 Perjumpaan Koko 1. KM : Profesionalisme Guru Sivik (3 J);
Bengkel Amalan Kerja Amali Sivik (1 J)

2. KM : Ujian Kecergasan Fisikal Utk Guru PJK (4 J)

13/9/08 Hari Penilaian Koko Tiada
27/9/08 Perjumpaan Koko Am: Kursus Kajian Tindakan (4 J)
11/10/08 Mesyuarat Agung / Majlis Perpisahan T/V : Kursus Rekreasi Masakan & Hiasan
25/10/08 Mesyuarat Agung / Majlis Perpisahan Tiada
Catitan : Perancangan di atas adalah tertakluk kepada pindaan jika sekolah diperlukan menjalankan kelas ganti pada hari Sabtu.

S/M : Bidang Sains dan Matematik
KM : Bidang Kemasyarakatan
BH : Bidang Bahasa
T/V: Bidang Teknik dan Vokasional


YEW KOK LEH
Pengetua Kanan
SMK Jalan Mengkibol, Kluang

Saturday, January 23, 2010

SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG,JOHOR D.T.




AMALAN TERBAIK (BEST PRACTICES)
PENGURUSAN
SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG

Oleh

YEW KOK LEH
Pengetua Kanan
SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG, JOHOR D.T.
FEBRUARI 2009


1.0 PENGENALAN
Pembangunan modal insan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing negara merupakan salah satu teras utama dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) untuk tujuan tersebut. PIPP menggariskan perancangan pelbagai strategi untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual dalam aspek sains, teknologi dan keusahawanan, bersikap progresif serta bernilai etika dan moral yang tinggi. Pembangunan modal insan secara holistik di peringkat sekolah tidak akan berlaku jika sekolah mengamalkan 'more of the same' sahaja tanpa merujuk kepada pelbagai perubahan yang berlaku dalam semua aspek. Artikel ini menggariskan beberapa ‘amalan terbaik’ yang dilakukan di SMK Jalan Mengkibol untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan di sekolah.

2.0 IMBASAN DAN ANALISIS
Untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan amalan pengurusan yang sedia ada di SMK Jalan Mengkibol, satu imbasan yang kritikal telah dibuat pada pertengahan tahun 2007. Kerangka Empat Tindakan BOS digunakan sebagai instrumen analisis dan membuat inovasi nilai dalam usaha meletakbetulkan dan merekaraya sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan di sekolah tersebut. Jadual berikut menunjukkan hasil analisis yang dilakukan.

Hapuskan (Eliminate)
- Persepsi 'sekolah sederhana'.
- Ulangan kerja disebabkan tidak mengongsi maklumat dan data yang sedia ada.
- Keadaan ketidakpastian disebabkan kekurangan maklumat.
- Amalan kerja tanpa tarikh tutup / tarikh siap : budaya 'Esok Lusa'.
- Program yang tidak mengambil kira keberkesanan kos dan objektif.
- Kongkongan mentaliti status quo.

Tingkatkan (Raise)
- Kemahiran mengurus dan pengupayaan.
- Keberkesanan sebaran maklumat.
- Semangat kekitaan dan cinta kepada sekolah.
- Kepimpinan dan ketrampilan murid.
- Keberkesanan program akademik.
- Kemahiran ICT dalam pengurusan perkhidmatan.
- Pengetahuan berkenaan dasar-dasar yang perlu dilaksanakan.
- Kesedaran hirarki jawatan dan amalan prosedur kerja yang betul.

Kurangkan (Reduce)
- Masa akses maklumat.
- Pencairan maklumat.
- Perancangan yang ad hoc.
- Kadar vandalisme.
- Gangguan waktu instruksional.
- Program-program kecemerlangan akademik yang tidak berdasarkan analisis data.
- Aduan melalui permuafakatan dengan masyarakat.

Ciptakan (Create)
- Kertas-kertas konsep penerangan.
- Watak sekolah.
- Prosedur Audit Akademik.
- Konsep Info SJM.
- Konsep 'Program Murid, Oleh Murid, Untuk Murid'.
- Amalan 'Mana-mana pun boleh'
- Konsep PASTI.
- Konsep 'Let The Manager Manage; The Manager Must Manage'.


Strategi yang dilaksanakan boleh diwakilkan dalam bentuk gambaran sebuah payung terjun. Sebuah payung terjun, tidak kira betapa tinggi mutunya, memerlukan suatu prosedur penggunaan yang baik untuk menjaminkan pengguna (penerjun) menuju ke sasaran yang ditetapkan dengan jitu dan selamat. Rajah berikut menunjukkan enam aspek yang dititikberatkan.




Enam Aspek Peningkatan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

1. Info SJM
2. SJM Sekolah Pilihan Saya
3. Program Murid, Oleh Murid, Untuk Murid
4. Let The Manager Manage; The Manager Must Manage
5. Aplikasi Strategik ICT Dalam Pengurusan
6. Audit Akademik



3.0 ENAM ASPEK PENINGKATAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
Jadual berikut memberi gambaran sepintas lalu enam aspek yang akan dibincangkan.

Aspek Keterangan Tujuan
Kelebihan
1. Info SJM Satu sistem pengurusan dan penyebaran maklumat dan dasar melalui taklimat, kertas konsep, siaran buletin dan paparan. • Maklumat dan dasar kerajaan dapat diturunkan dengan cepat dan tepat untuk dilaksanakan.
• Semua warga sekolah dapat gambaran yang lebih menyeluruh dan sedar kepentingan peranan mereka sebagai pelaksana dasar-dasar.

• Kurangkan ralat dan kos.
• Kurangkan keperluan mesyuarat kerap yang boleh mengganggu waktu instruksional.
2. SJM Sekolah Pilihan Saya Suasana sekolah yang kondusif supaya murid bergembira dan ibubapa yakin • Berasaskan konsep sekolah penyayang.
• Membina semangat kekitaan dan cinta kepada sekolah.
• Mengurangkan kadar vandalisme.
• Menjadikan suasana sekolah lebih kondusif.
• Kurangkan kos baikpulih.
• Tingkatkan suasana sekolah yang kondusif untuk melaksanakan proses pendidikan.
3. Program Murid,
Oleh Murid, Untuk Murid Satu amalan pembangunan modal insan berketrampilan
• Murid-murid diberi peluang untuk dilatih kerja berpasukan, pengurusan dan kepimpinan melalui pelbagai projek kokurikulum.
• Murid-murid beperluang menunjukkan bakat mereka.
• Peranan guru lebih kepada penasihat dan sokongan dari belakang.

• Kurangkan penglibatan terus guru dan gangguan instruksional.
• Tingkatkan kepimpinan murid.
• Tingkatkan peluang murid-murid menyalurkan tenaga mereka secara positif.

4. Let The Manager Manage; The Manager Must Manage Satu amalan ke arah pengurusan berkualiti, akauntabiliti dan meningkatkan pengupayaan
• Pengurus tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing.
• Proses pengupayaan (empowerment) membolehkan banyak aspek operasional dilaksanakan dengan cepat.
• Proses pemantauan lebih berkesan.
• Pelaksanaan tugas berasaskan perancangan strategik dan berkomitmen tinggi untuk mencapai matlamat.
• Mempercepat-kan proses pelaksanaan program.
• Meningkatkan akauntabiliti dan kualiti penyampaian.
• Mengurangkan kos.
• Menjadikan organisasi lebih sistematik dan berkesan.
5. Aplikasi Strategik ICT Dalam Pengurusan Satu rangkaian sistem mengaplikasi ICT yang lebih strategik untuk pengurusan pelbagai unit.
• Mengurangkan kerja ulangan atau tindihan.
• Perkongsian maklumat memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang status sekolah.
• Menpercepatkan pengumpulan maklumat dan data.
• Mempercepat-kan pemero-sesan data.
• Meningkatkan mutu data dan hasil analisis.
• Memudahkan perancangan berdasarkan data.


6. Audit Akademik
Satu sistem pengauditan prestasi akademik dan perancangan program akademik yang berpandukan analisis data ujian / peperiksaan • Perancangan program akademik yang lebih berfokus dengan bantuan sistem analisis peperiksaan dalaman berkomputer.
• Kumpulan murid seperti kes sempadan, sederhana, berprestasi tinggi dapat dikenalpasti untuk tindakan spesifik.
• Program Perfect Score untuk membentuk critical mass murid cemerlang untuk meningkatkan keputusan peperiksaan awam. • Meningkatkan akauntabiliti diri murid.
• Meningkatkan tanggung-jawab dan akauntabiliti panitia dan bidang masing-masing.
• Meningkatkan keberkesanan program kecemerlang-an akademik.


4.0 PENERANGAN LANJUTAN ENAM ASPEK

4.1 Info Sekolah -- Satu Sistem Penyebaran Maklumat
Pencairan maklumat dari pihak atasan (PPD, JPN atau KPM) akan berlaku di sekolah sekiranya mekanisma saluran maklumat tidak diperkukuhkan. Antara sebab utama ialah kekangan masa untuk mengaturkan mesyuarat atau sesi penerangan tanpa menjejaskan waktu instruksional dan waktu kokurikulum. Untuk mengatasi kekangan ini, pendekatan sebaran maklumat pelbagai penjuru seperti yang berikut dilaksanakan.

4.1.1 Kertas Kerja Terjemahan Dasar dan Taklimat Ringkas
Sesi-sesi taklimat khas diaturkan oleh ketua-ketua unit berkenaan untuk menerangkan dasar-dasar. Biasanya sesi ini mengambil masa lebih kurang 1 jam. Guru-guru sesi petang ditaklimatkan pada masa 12:00 - 1:00 tengah hari dan guru-guru sesi pagi diberi taklimat pada masa 2:00 - 3:00 petang pada hari yang sama supaya waktu instruksional tidak diganggu. Jika perlu nota-nota khas yang menterjemahkan dasar-dasar kepada tindakan sekolah disediakan. Sebagai contoh, nota berkenaan PIPP ditulis dalam konteks yang mudah dijalankan di sekolah untuk setiap dari enam teras strategik PIPP. Melalui kaedah ini, guru-guru dapat melaksanakan tugas dengan lebih yakin dan terarah mengikut matlamat yang perlu dicapai.
4.1.2 Amalan 'Mana-mana Pun Boleh'
Selain daripada sesi taklimat dan nota khas, guru-guru dan staf-staf sokongan mempunyai peluang untuk mendapat penjelasan lanjutan melalui amalan yang saya namakan 'Mana-mana Pun Boleh'. 'Mana-mana Pun Boleh' merupakan amalan di mana pihak pentadbir bergerak dan bertemu dengan guru-guru dan staf sokongan di mana-mana tempat yang sesuai untuk berinteraksi dan memaklumkan secara terus, dasar-dasar yang mereka perlu tahu dan tugas yang mereka perlu melaksanakan. Amalan ini membolehkan sebaran maklumat dan dasar dengan cepat, jitu dan boleh mendorong mereka untuk melaksanakan tugas dengan lebih serius, cekap dan berkesan kerana unsur humanistik dan sentuhan hati yang terlibat. (Mereka berasa segan jika tidak menjalankan tugas dengan baik kerana telah menganggap pemimpin mereka sebagai sahabat karib.)

4.1.3 Siaran Pengetua
Siaran Pengetua merupakan buletin yang dikeluarkan mengikut keperluan untuk tujuan penyebaran maklumat secara cepat tanpa sesi taklimat bersemuka. Buletin ini yang biasanya ditulis dalam satu atau dua muka surat akan diedarkan kepada semua guru dan staf sokongan di sekolah. Fungsinya adalah untuk memberi peringatan dan perhatian yang memerlukan tindakan yang cepat. Setiap keluaran Siaran Pengetua hanya memokus kepada beberapa (3-5) perkara dan ditulis dalam format yang tidak formal supaya tidak mendatangkan persepsi sebagai arahan pentadbiran.

4.1.4 Sistem Maklumat Akses Kendiri
Sistem paparan maklumat berpapan notis dikemaskinikan mengikut lokasi yang dinamakan Laluan Akademik, Laluan Kokurikulum, Info Utama, Info HEM dan Info Dasar untuk memaparkan maklumat-maklumat yang berkenaan dengan bahagian masing-masing. Melalui paparan ini, maklumat dan dasar dapat dibaca oleh semua warga sekolah termasuk guru, staf sokongan, murid-murid, ibubapa dan pelawat. Melalui sistem akses kendiri ini, dasar kementerian seperti PIPP, kurikulum, pentaksiran berasaskan sekolah, dasar kokurikulum, maklumat peperiksaan, bantuan-bantuan kerajaan, statistik sekolah dan kerjaya dapat dirujuk dengan kerap dan mudah.

4.2 SJM Sekolah Pilihan Saya
Masalah disiplin jika tidak ditangani dengan berkesan boleh menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan pendidikan di sekolah. Sekolah yang mempunyai banyak masalah disiplin murid bukan sahaja mengalami pembaziran dari segi kos dan masa. Banyak masalah disiplin seperti vandalisme dan kerosakan harta benda secara sengaja adalah manifestasi dari perasaan benci atau ketidakpuasan kepada sekolah. Sekiranya kita dapat wujudkan satu iklim sekolah di mana emosi negatif murid dapat dikurangkan, maka masalah disiplin dapat dikurangkan. Penggunaan tagline 'SJM Sekolah Pilihan Saya' merupakan satu usaha komprehensif untuk mewujudkan suasana sekolah yang kondusif, berteraskan khidmat penyayang supaya murid bergembira datang ke sekolah dan ibubapa yakin kepada sekolah. Konsep sekolah penyayang adalah berasaskan kepada pegangan (Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Wawasan Pendidikan - Agenda Pengisian) :
If a child lives with acceptance and friendship,
He learns to find love in the world.
Berikut adalah beberapa amalan atau program yang menjurus ke arah membudayakan 'SJM Sekolah Pilihan Saya'.

4.2.1 Persekitaran Yang Bersih, Ceria, Selamat Dan Bermaklumat
Sedikit kerosakan (atau kekotoran) jika tidak dibetulkan akan memberi mesej pentadbiran tidak prihatin dan kerosakan yang lebih besar akan berlaku dengan cepat (Theory of Broken Windows). Oleh itu usaha untuk membaiki kerosakan berlaku dengan cepat, walaupun sekeping kaca tingkap yang dipecahkan atau sehelai poster yang dikoyakkan. Kerosakan dalam penutup longkang, bumbung, astaka, tandas dan pintu bilik darjah dibetulkan dengan cepat untuk memberi mesej pihak sekolah mementingkan keselesaan dan keselamatan murid-murid.

4.2.2 Komunikasi Dan Sumbangan
Komunikasi dua hala guru, pentadbir dengan murid sangat penting. Murid-murid perlu berasa diiktiraf dan dihargai. Semangat kekitaan serta cinta kepada sekolah dapat disemai melalui perjumpaan yang tidak formal dalam keadaan yang selesa dan mesra. Dalam kes salahlaku disiplin murid, proses melaksanakan hukuman mesti bersama dengan komunikasi yang berunsur ajaran dan pemulihan. Komunikasi dua hala telah menghasilkan kesan yang positif ke arah mencapai 'SJM Sekolah Pilihan Saya'. Namun demikian pihak pengurusan perlu mengingatkan murid-murid bahawa kemesraan tidak bermaksud mengetepikan nilai-nilai murni seperti memberi salam dan menghormati guru. Untuk membolehkan semua murid menunjukkan bakat mereka, murid-murid berprestasi akademik rendah diberi peluang menunjukkan kehandalan mereka dan memberi sumbangan kepada sekolah. Sebagai contoh, murid yang berprestasi rendah dari segi akademik dapat menyumbangkan hasil karya mereka dalam bentuk sepanduk atau poster sempena perayaan ulangtahun kemerdekaan untuk dipamerkan. Mesejnya ialah : Semua murid ada peranan; semua murid boleh menyumbang.

4.2.3 Layanan Segera Ibubapa/penjaga
Amalan semua boleh layan ibubapa amat penting untuk memikat hati mereka. Seorang guru yang ibubapa hendak jumpa mungkin sedang sibuk. Guru lain, pentadbir atau staf sokongan yang dapat melapangkan masa boleh melayan mereka sementara mereka menunggu. Sebuah bilik satu bay di sebelah Pejabat Urusan Hal Ehwal Murid telah dijadikan Pejabat PIBG di mana ibubapa yang menunggu diberi layanan dalam keadaan yang selesa. Layanan yang baik ini dapat merapatkan hubungan silaturahim antara sekolah dengan ibubapa/penjaga dan mengurangkan konflik yang mungkin berlaku disebabkan oleh masalah di antara anak dengan guru.

4.2.4 Success Story and Positive Imaging
Untuk menganjakkan kepada persepsi SJM sebuah sekolah cemerlang, maklumat kejayaan akademik, kokurikulum, kerjaya bekas murid sentiasa diumumkan dan dipaparkan. Pancaragam dipilih sebagai watak sekolah. Melalui sokongan padu pelbagai pihak termasuk bekas murid dan usaha gigih ahli-ahli, pancaragam sekolah telah memenangi beberapa pertandingan sehingga ke peringkat negeri. Persembahan pancaragam di majlis seperti Sukan, Hari Terbuka, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG, Malam Kebudayaan, Hari Kantin dan Hari Kemerdekaan dapat memprojek satu imej yang positif tentang sekolah.



4.2.5 Latihan guru - Pengurusan gelagat murid
Usaha sekolah untuk membudayakan 'SJM Sekolah Pilihan Saya' telah menghasil berdasarkan pertunjuk seperti kadar vandalisme dan kerosakan yang berkurangan serta kes pergaduhan serius yang sangat minimum. Didapati ramai murid suka berada di sekolah untuk membuat ulangkaji atau bermesyuarat selepas waktu pelajaran. Guru-guru diberi latihan dalaman tentang kemahiran mengurus gelagat murid-murid yang berkebolehan dan dari latar belakang yang berlainan. Sistem mentor-mentee di mana setiap orang guru baru disandarkan kepada seorang guru senior yang dipilih oleh pihak pentadbiran berdasarkan kecemerlangan kerja beliau untuk mendapat on-the-job-training selama satu tahun. Melalui sistem ini, guru-guru baru dilatih dan dibiasakan dengan budaya kerja cemerlang pada pemulaan kerjaya mereka sebagai guru terlatih.

4.2.6 Visi sebagai daya penolak
Untuk menginstitusikan 'SJM Sekolah Pilihan Saya' sebagai satu daya penolak (driving force) untuk memajukan sekolah mengikut acuan sendiri, visi sekolah digubal semula menjadi 'SJM menjadi sekolah idaman masyarakat Kluang pada 2010'.

4.3 Program Murid, Oleh Murid, Untuk Murid
Bahagian Pengenalan Bab 5 PIPP menyatakan bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, mampu berfikir secara kritis dan kreatif dan berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Untuk membangunkan modal insan seperti yang dihasratkan oleh PIPP, satu panduan bertajuk 'Lima Elemen Utama Membangunkan Modal Insan' telah dirangkakan. Lima elemen diringkaskan dengan akronium PASTI yang mewakili pimpin, akhlak, sihat, trampil dan ilmu. Selanjutnya, PASTI telah dijadikan matlamat sekolah, iaitu, 'SJM berupaya melahirkan generasi yang berdaya kepimpinan tinggi, berakhlak mulia, sihat mental dan fizikal, berketrampilan dan berilmu pengetahuan (PASTI)'. Salah satu usaha yang berasaskan kepada konsep PASTI ialah 'Program Murid, Oleh Murid, Untuk Murid'.

'Program Murid, Oleh Murid, Untuk Murid' merupakan satu usaha sekolah untuk mengupayakan murid-murid untuk merancang dan menjalankan aktiviti kokurikulum dengan bimbingan, sokongan dan pemantauan guru-guru penasihat. Semua proses dari peringkat permohonan kebenaran, perancangan dan
perlaksanaan diuruskan oleh murid-murid sendiri. Unit Kokurikulum sekolah telah memberi kursus pada awal tahun ini kepada pemimpin-pemimpin murid berkenaan perancangan, penulisan surat permohonan rasmi, kertas kerja dan laporan, pengurusan kumpulan, membuat bajet dan ciri-ciri kepimpinan. Setakat ini beberapa aktiviti besar kokurikulum berasaskan amalan 'Program Murid, Oleh Murid, Untuk Murid' telah dijalankan dengan berjayanya. Aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan di luar waktu pembelajaran dan murid-murid yang terlibat tidak dikecualikan daripada tugasan kurikulum yang mereka perlu memenuhi. Dalam situasi yang penuh dengan kekangan dan cabaran, murid-murid yang terlibat dapat dilatih kemahiran multitasking, berdikari, pengurusan masa, menyusun keutamaan dan meningkatkan ketrampilan mereka.

4.4 Let The Manager Manage; The Manager Must Manage
Sebagai usaha ke arah pengurusan berkualiti, akauntabiliti yang lebih tinggi dan pengupayaan (empowerment) yang lebih berkesan amalan Let The Manager Manage; The Manager Must Manage ditegaskan. Penstrukturan semula dan pengagihan pegawai dilakukan di unit-unit tertentu untuk meningkatkan tahap profesionalisme unit-unit berkenaan. Peranan ketua-ketua sebagai pengurus pertengahan dan pengurus unit-unit tertentu ditakrifkan dan dijelaskan. Setiap pengurus mesti bertanggungjawab dan mempunyai akauntabiliti terhadap unit yang diurus. Pengurusan strategik dan pelaksanaan tugas berdasarkan ciri SMART (Specific, Measurable, Achievable, Realistic and Timeliness) menjadi indikator prestasi utama pada setiap peringkat tugas itu. Pemantauan secara berterusan dibuat oleh pentadbir dari aspek kuantiti, kualiti dan ketepatan masa hasil kerja.

4.5 Aplikasi Strategik ICT Dalam Pengurusan
Selain PPSMI, terdapat beberapa aplikasi ICT dalam pengurusan di unit-unit yang berlainan, masing-masing mempunyai sistem dan perisian (software) untuk tujuan yang spesifik. Sebagai contoh, pejabat mempunyai SMPP/EMIS; Unit Peperiksaan mempunyai SAPHC, program jadual waktu; Unit HEM mempunyai e-SSDM dan SMM; Unit Kokurikulum mempunyai sistem rekod kehadiran murid dan permarkahan kokurikulum; Unit Maklumat Sekolah mempunyai rekod profil sekolah dan Unit Media mempunyai rekod persejarahan sekolah.
Pembentukan satu sistem rangkaian sistem mengaplikasi ICT yang lebih strategik untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan merupakan satu cabaran yang sangat besar tetapi perlu. Semua yang terlibat perlu bertanggungjawab untuk memastikan kejituan dan integriti data. Sesi penerangan tentang kepentingan data yang jitu untuk perancangan di peringkat kementerian dibuat. Prosedur kerja berjadual dari peringkat pengumpulan data mentah sehingga ke peringkat penghantaran data ke pihak atasan disediakan. Penyelarasan, pemantauan dan penyemakan data-data yang tidak betul dibuat dengan rapi dan pegawai yang melakukan kesilapan dirujuk. Maklumat sepunya yang dapat dikongsi dikenalpasti untuk mengurangkan kerja ulangan. Jika perlu, kepakaran dari daerah atau negeri dirujuk untuk mendapat latihan dan penjelasan yang cukup tentang pengoperasian sistem berkenaan. Penegasan diberi untuk memanfaatkan maklumat yang ada dengan sepenuhnya dan bukan setakat dibuat untuk dihantar. Maklumat tentang pendapatan keluarga (SMM) dapat membantu sekolah mengenalpasti murid-murid yang miskin; e-SSDM memudahkan perbincangan dengan ibubapa dengan mempamerkan rekod-rekod salahlaku anak-anak mereka.

4.6 Audit Akademik
Audit akademik merupakan satu amalan untuk membudayakan perancangan program akademik berdasarkan analisis data dan maklumat ujian dan peperiksaan. Di sekolah, terdapat pelbagai jenis program kecemerlangan akademik yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Melalui kaedah audit akademik, perancangan menjadi lebih berstrategik dan dapat memberi impak yang lebih besar kepada peningkatan prestasi akademik.

4.6.1 Memanfaatkan SAPHC
Adalah satu pembaziran yang besar jika data dan maklumat dari SAPHC (Sistem Analisis Peperiksaan dengan Headcount) tidak dimanfaatkan sepenuhnya dalam perancangan program pengukuhan atau pemulihan akademik. Sebagai contoh pengauditan prestasi akademik dengan bantuan SAPHC dapat mengenalpasti murid-murid yang gagal satu mata pelajaran sahaja (near miss); murid-murid yang tidak menguasai mata pelajaran PPSMI; murid-murid tingkatan 4 dan 5 yang mendapat markah Bahasa Malaysia dalam julat markah 0-19, 20-29, 30-39 dan 40-49 untuk tindakan susulan panitia-panitia dan guru-guru yang berkenaan.

4.6.2 Graf Prestasi Diri
Selain itu, sistem audit akademik kendiri diperkenalkan dalam bentuk buku Audit Akademik Kendiri - Graf Prestasi Diri (AAK-GPD). Murid-murid melorekkan carta palang untuk markah setiap ujian atau peperiksaan dalaman mereka. Tujuannya adalah untuk mewujudkan satu rekod keputusan secara grafik untuk perbandingan dan penyemakan pola prestasi sendiri. Kaedah ini dapat meningkatkan akauntabiliti murid tentang prestasi diri mereka. AAK-GPD juga digunakan sebagai asas perbincangan dengan ibubapa pada hari terbuka.

4.6.3 Perfect Score
Untuk menghasilkan critical mass murid cemerlang yang mencukupi, program Perfect Score diperkenalkan. Program ini menggalakkan persaingan dalam kalangan murid-murid berprestasi tinggi. Majlis anugerah Perfect Score dijalankan semasa perhimpunan dan murid yang mencapai prestasi cemerlang (Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 3 -- 9 A dan ke atas; Tingkatan 4 dan 5 - 10 A dan ke atas). Anugerah ini adalah dalam bentuk lencana yang boleh dipakai. Sejak memulakan program ini pada tahun 2007, bilangan murid yang layak menerima perfect score semakin meningkat dan semoga persaingan sihat yang dicetuskan oleh program ini dapat melonjakkan pencapaian akademik sekolah.

5.0 PENUTUP

Dalam zaman yang dicirikan dengan kadar perubahan yang bereksponential ini, amalan rutin dan konvensional sahaja tidak mencukupi jika agenda nasional hendak dipenuhi. Daya yang 'meratakan' dunia (The 'flattening' force of the world) dibawa oleh globalisasi telah memberi erti yang baru kepada pendidikan di mana perubahan dan inovasi menjadi kata-kata kunci yang utama. Pembangunan modal insan berminda kelas pertama dari segi keupayaan dan intelek perlu usaha pelbagai perspektif dan dinamik. Sistem penyampaian perkhidmatan itu sendirinya adalah satu pembolehubah dalam dinamisme ini. Usaha yang berterusan untuk memurnikan pelbagai aspek amalan pengurusan di sekolah amat diperlukan demi untuk mencapai kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan yang lebih tinggi lagi. Semua pihak yang terlibat harus sedar satu hakikat, iaitu : Amalan yang terbaik semalam tidak semestinya sesuai untuk hari ini dan amalan terbaik hari ini tidak semestinya sesuai lagi untuk hari esok.

SENARAI RUJUKAN

Alimuddin Mohd. Dom. 2006, Kepimpinan Instruksional. Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jabatan Perdana Menteri. 1 Julai 1994. Panduan Melaksanakan Sistem Pemulihan Perkhidmatan, Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1994.

Jabatan Perdana Menteri. 2006. Rancangan Malaysia Ke-9 2006-2010, Bab 26.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

Thomas L. Friedman. 2005. The World Is Flat, The Globalised World In The Twenty-first Century. London : Penguin Group.

W. Chan Kim and Renee Mauborgne. 2005. Blue Ocean Strategy. United States : Harvard Business School Publishing Corp.

Wan Mohd Zahid Mond Noordin. 1994. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Lampiran
1. Visi Sekolah

2. SJM : Sekolah Pilihan Saya


3. Konsep PASTI


4. Graf Prestasi Kendiri

5. Perfect Score


6. Sekolah Bermaklumat

7. Latihan Dalam Perkhidmatan

8. Program Murid, Oleh Murid, Untuk Murid

TAPAK PERKHEMAHAN

TAPAK PERKHEMAHAN
SMK JALAN MENGKIBOL
SATU INOVASI PENDIDIKAN
BERASASKAN
APLIKASI
THE BLUE OCEAN STRATEGY



Disediakan Oleh


YEW KOK LEH
Pengetua
SMK Jalan Mengkibol
Kluang, Johor D.T.




TAPAK PERKHEMAHAN SMK JALAN MENGKIBOL
SATU CONTOH APLIKASI
BLUE OCEAN STRATEGY DALAM PENDIDIKAN

Disediakan Oleh

YEW KOK LEH
Pengetua
SMK Jalan Mengkibol
Kluang, Johor D.T.



Pendahuluan

Pemantapan program kokurikulum di sekolah merupakan salah satu aspek penting dalam pembentukan keterampilan dan keperibadian murid. Di SMK Jalan Mengkibol, Kluang, murid-murid digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan, permainan, kelab, persatuan dan badan beruniform. Antara aktiviti yang digemari oleh murid-murid ialah aktiviti perkhemahan, unggun api dan pembinaan 'gadget'. Namun demikian, aktiviti perkhemahan tidak mudah dilaksanakan disebabkan oleh masalah-masalah seperti yang berikut:
• Tiada tapak perkhemahan yang sesuai di dalam sekolah.
• Tapak-tapak sementara yang dipilih biasanya kurang selesa atau selamat.
• Kemudahan seperti bilik air, tandas dan tempat aktiviti kuliah dan tapak unggun api jauh antara satu sama lain.
• Perkhemahan yang dijalankan di bilik darjah kurang menarik kerana dalam setting yang tidak semula jadi.
• Penyewaan tapak perkhemahan di luar sekolah melibatkan perbelanjaan yang besar dan mendatangkan pelbagai masalah logistik.
• Murid-murid dan ibubapa kurang yakin dari segi selamatan dan keselesaan tentang aktiviti-aktiviti perkhemahan di luar sekolah.


Tapak Perkhemahan ‘Semua-Dalam-Satu’ Di SMK Jalan Mengkibol

Pembinaan tapak perkhemahan yang diberi nama Taman Wawasan merupakan hasil daripada percampahan idea bersama unit kokurikulum sekolah selepas pertimbangan masalah-masalah yang dihadapi di atas. Prinsip asas pembinaan Taman Wawasan ialah 'membawa tapak perkhemahan ke dalam sekolah'. Taman Wawasan dibangunkan dari sebidang tanah yang luasnya lebih kurang sama dengan sebuah padang hoki. Lokasinya adalah di sebelah Bilik Kebal PPD, di dalam kawasan sekolah. Kawasan tersebut pada asalnya direzab untuk pembinaan sebuah dewan dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Setelah Bilik Kebal PPD dibina, luas kawasan itu tidak mencukupi lagi untuk projek pembinaan dewan. Oleh kerana sentiasa dibanjiri oleh air dari longkang utama sekolah, tanah di sana sentiasa lecah dan tidak sesuai digunakan untuk menjalankan aktiviti murid. Tebing dengan lereng yang curam menjadikan kawasan itu kurang selamat. Masalah pembanjiran diselesaikan dengan menyalurkan longkang besar keluar dari kawasan tersebut dengan bantuan kontraktor secara separa gotong royong. Masalah lereng yang curam diselesaikan dengan memindahkan pagar lama dari sisi padang ke sekitar kawasan tersebut.

Kejayaan Taman Wawasan untuk meningkatkan minat murid-murid, keyakinan ibubapa dan kelicinan perjalanan aktiviti perkhemahan banyak disebabkan oleh konsep ‘Semua-Dalam-Satu’. Konsep 'Semua-Dalam-Satu' bermaksud semua kemudahan yang diperlukan untuk aktiviti perkhemahan dapat disediakan di satu tempat. Tapak itu mempunyai bilik mandi, tandas, tempat untuk barbeque, tapak mendirikan khemah, kemudahan untuk unggun api dan ruang untuk permainan berkumpulan atau ceramah. Di samping itu, suasana semula jadi kawasan itu, dengan pokok-pokok dan hutan mini di persekitaran menjadikan setting perkhemahan itu lebih realistik. Antara daya tarikan utama peminat perkhemahan ialah penurunan kos perbelanjaan di samping peningkatan nilai dari segi latihan dan pengalaman yang diperoleh. Penggunaan Compelling tagline – ‘Semua Berpeluang Berkhemah’ berjaya menawan bukan sahaja peminat, malahan mereka yang tidak pernah berminat dalam perkhemahan.


Sejak pembinaan Taman Wawasan pada sekitar bulan April 2007, lebih ramai murid berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan anjuran kelab dan persatuan, badan beruniform, unit Hal Ehwal Murid (Perkhemahan Bersepadu-RIMUP) dan kumpulan-kumpula khas (sebagai contoh program perkhemahan khas untuk murid-murid yang kurang aktif). Dalam konteks inovasi nilai atau value innovation (Blue Ocean Strategy), Taman Wawasan berjaya meningkatkan nilai pelanggan, dari aspek ketrampilan dan jati diri, dengan mengurangkan kos secara serentak. Konsep ‘Semua-Dalam-Satu’ dapat membantu sekolah dalam usaha membangunkan modal insan yang berketramplan melalui pendidikan holistik, sejajar dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Berikut merupakan kerangka empat tindakan (Four actions framework) berkenaan Taman Wawasan.

Hapuskan (Eliminate)

• Perkhemahan di dalam bilik darjah
• Ketidakpastian kesesuaian prasarana perkhemahan di sekolah
• Keperluan untuk mengosongkan bilik darjah untuk aktiviti perkhemahan Tingkatkan (Raise)

• Bilangan murid yang minat dalam aktiviti perkhemahan
• Keyakinan ibubapa terhadap aktiviti perkhemahan
• Kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, tandas dan bilik mandi
• Kemudahan khas seperti tempat permainan kumpulan, ceramah, unggun api dan pembinaan gadget

Kurangkan (Reduce)

• Keperluan menyewa tapak perkhemahan
• Perbelanjaan sewaan
• Gangguan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana tidak perlu mengosongkan bilik darjah.
• Gangguan seperti bising kerana tapak terletak jauh dari bilik darjah
Ciptakan (Create)

• Konsep ‘Semua-Dalam-Satu’
• Amalan – ‘Semua Berpeluang Berkhemah’
• Tapak unik (unique venue)
• Mesra pengguna


Strategy Canvas Taman Wawasan
































Lampiran I -- Foto Penggunaan Taman Wawasan



Lampiran II - THE BLUE OCEAN STRATEGY (BOS)

The Blue Ocean Strategy (BOS) merupakan satu strategi yang dikemukakan oleh Profesor W. Chan Kim dan anak murid beliau Renee Mauborgne. Secara ringkasnya, BOS merupakan satu pendekatan sistematik untuk menjadikan persaingan tak relevan lagi melalui penciptaan ruang pasaran yang baru (new market space). BOS ialah hasil penyelidikan selama satu dekad, 150 tindakan strategik, lebih daripada 30 industri yang berjaya dalam tempoh lebih daripada 100 tahun (1880-2000). BOS adalah berkenaan dengan bagaimana terlepas daripada kongkongan sempadan pasaran yang sedia ada untuk meninggalkan persaingan konvensional.

Konsep asas BOS ialah Inovasi Nilai (Value Innovation) yang membolehkan kita mengalihkan diri daripada persaingan di Red Ocean (sangat hebat dan berdarah), menuju ke Blue Ocean yang menjadikan persaingan tidak relevan lagi.









Jadual berikut menunjukkan perbandingan di antara Strategi Lautan Merah (Red Ocean Strategy) dan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy).

Strategi Lautan Merah
(Red Ocean Strategy) Strategi Lautan Biru
(Blue Ocean Strategy)
• Bersaing di ruang pasaran yang sedia ada
• Mengalahkan pesaing yang sedia ada
• Mengekploitasi permintaan yang sedia ada
• Mengikuti ‘value-cost trade-off’
• ‘Align’ seluruh sistem aktiviti sesuatu organisasi dengan pemilihan strategik mengikut perbezaan atau kos rendah
• Menciptakan ruang pasaran yang baru
• Menjadikan persaingan tidak relevan lagi
• Menciptakan dan menangkap pemintaan baru
• Memecahkan ‘value-cost trade-off’
• ‘Align’ seluruh sistem aktiviti sesuatu organisasi mengejar perbezaan dan kos rendah


Yang menjadi jati kepada konsep BOS ialah Inovasi Nilai (Value Innovation). Inovasi Nilai menegaskan usaha yang mendatangkan peningkatan nilai hasil atau produk dan menurunkan kos secara serentak. Inovasi Nilai yang menjadikan BOS sebagai satu strategi yang begitu popular dalam zaman globalisasi ini. Jadual berikut membandingkan BOS dengan strategi-strategi (hipotetikal) yang lain.

STRATEGI KOS NILAI
A Rendah Rendah
B Tinggi Tinggi
BOS Rendah Tinggi

Untuk mencapai Inovasi Nilai, satu sistem grid, Kerangka Empat Tindakan (The Four Actions Framework) digunakan. Kerangka Empat Tindakan merupakan satu instrumen yang sistematik untuk menilai serta merancang tindakan untuk mencapai Inovasi Nilai. Berikut ialah penerangan tentang Kerangka Empat Tindakan.

Hapuskan (Eliminate): Apakah faktor yang menjadi piawaian industri yang perlu dihapuskan?
Kurangkan (Reduce): Apakah faktor yang menjadi piawaian industri yang perlu dikurangkan?
Tingkatkan (Raise): Apakah faktor yang perlu ditingkatkan supaya melebihi piawaian industri?
Ciptakan (Create): Apakah faktor baru yang perlu diciptakan untuk menciptakan ‘Value Innovation’ yang menarik pelanggan? Faktor ini belum ada pada piawaian industri ini setakat ini.

Untuk mempamerkan faktor-faktor yang dikenalpasti dengan menggunakan Kerangka Empat Tindakan secara grafik, satu Kanvas Strategi (Strategy Canvas) digunakan. Komponen utama dalam Kanvas Strategi ialah Lengkuk Nilai (Value Curve). Di atas kanvas ini, paparan tentang keadaan ruang pasaran yang sedia ada dan panduan untuk mencipta Lengkuk Nilai yang baru berasaskan Kerangka Empat Tindakan dapat dilakukan. Dengan itu, Kanvas Strategi memainkan peranan sebagai kerangka diagnostik dan juga tindakan untuk mencapai Inovasi Nilai.









K.L.YEW /Z_SJM_0808/BOS/ BOS_Khemah_SJM

Thursday, January 21, 2010

Teori Broken "Windows" di sekolah

MENGAPLIKASI TEORI 'BROKEN WINDOWS' DI SEKOLAH
Oleh
YEW KOK LEH
PENGETUA KANAN
SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG

Sedikit Berkenaan Teori 'Broken Window'
Teori 'Broken Windows' atau 'The Broken Windows theory' adalah hasil kajian James Q. Wilson (Shattuck Professor of Government at Havard) dan George L. Kelling (research fellow at the John F Kennedy School of Government, Havard). Teori ini menyatakan bahawa kejadian jenayah adalah kesan yang tidak dapat dielakkan akibat daripada keadaan yang celaru* (disorder). Jika sekeping kaca tingkap yang pecah dibiarkan dalam keadaan begitu, orang yang lalu akan membuat kesimpulan bahawa tiada sesiapa peduli atau tiada orang bertanggungjawab tentang perkara itu. Kemungkinan besar, lebih banyak tingkap akan dipecahkan tidak lama lagi. Jika berterusan, keadaan anarki ini boleh merebak ke kawasan lain.
Adalah jelas bahawa ahli-ahli komuniti secara umumnya berasa takut dan terancam di persekitaran yang penuh dengan jenayah. Tetapi, mengikut Wilson dan Kelling, ramai orang lepas pandang satu sumber ancaman yang lain - gangguan oleh keadaan persekitaran yang celaru (disorderly). Sebagai contoh, satu masa dahulu ancaman utama penduduk perumahan awam di Boston bukan dari kes jenayah tetapi keadaan yang celaru dan kekurangan disiplin (disorderliness and incivility). Persekitaran yang penuh dengan kerosakan dan grafiti tanpa dikawal boleh mewujudkan ketegangan minda dan ketidakpastian sesiapa yang berada di situ tentang kemungkinan diserang oleh mana-mana pihak pada bila-bila masa. Kecelaruan dan kejadian jenayah mempunyai hubungan yang rapat. Ahli psikologi sosial dan pihak polis mempunyai pendapat bahawa jika sekeping kaca tingkap sebuah bangunan itu pecah dan dibiarkan dalam keadaan begitu, kaca tingkap-tingkap yang lain akan dipecahkan tidak lama kemudian.
Sehubungan itu, untuk mengekalkan ketenteraman, keadaan persekitaran yang teratur(orderly) adalah amat penting - komuniti tanpa tingkap yang pecah. Dalam konteks ini 'tingkap pecah' juga mewakili kerosakan atau kecelaruan yang kecil seperti grafiti atau contengan di atas dinding, sampah di sana sini, tempatan paparan maklumat yang terbiar dan lain-lain.

Mengaplikasi Teori 'Broken Windows' Di Sekolah
Sekolah ialah sebuah komuniti mini dan merupakan satu subset kepada komuniti masyarakat yang lebih besar. Keadaan di dalam sekolah boleh mempengaruhi keadaan komuniti masyarakat secara umum kerana apabila murid-murid meninggalkan bangku sekolah mereka akan masuk ke komuniti yang besar itu. Walaupun masalah disiplin di kalangan murid sekolah secara umumnya adalah kurang serius berbanding dengan kejadian jenayah di masyarakat umum, namun demikian segala kejadian yang serius bermula dengan kejadian yang lebih kecil. Banyak penyebab masalah di komuniti besar juga menjadi penyebab masalah di sekolah. Masalah vandalisme, kerosakan yang disengajakan dan kecelaruan seperti dibincangkan oleh James Q. Wilson dan George L. Kelling juga boleh dicermin di dalam sekolah. Oleh yang demikian, dalam usaha menangani masalah sekolah yang serupa ini teori 'Broken Windows' boleh dijadikan rujukan yang praktikal dan amalan yang berkesan oleh pihak kepimpinan serta semua warga sekolah. Dengan kata lain, kajian James Q. Wilson dan George L. Kelling adalah lebih tertumpu kepada menangani masalah di komuniti yang besar seperti sebuah bandar, implikasi dan aplikasinya di sekolah tetap relevan.
Sekolah merupakan tempat yang murid-murid menghabiskan sebahagian besar masa mereka hampir setiap hari. Majoriti murid akan berasa bangga jika sekolah mereka berada dalam keadaan yang teratur (orderly), ceria dan selamat. Namun demikian semangat kekitaan dan cinta kepada sekolah perlu dipupuk. Sebaliknya akan berlaku jika pihak kepimpinan sekolah memberi mesej yang bercanggahan. (Dalam artikel ini, saya lebih suka menggunakan perkataan 'kepimpinan' daripada 'pengurusan' atau 'pentadbiran' sebab penyelesaian masalah yang berkaitan dengan kecelaruan di sekolah lebih bergantung kepada kepimpinan daripada pentadbiran atau pengurusan. Banyak perkara yang terlibat memerlukan usaha yang lebih daripada setakat menterjemahan arahan atau surat pekeliling dari pihak atasan.)
Insan-insan yang muda sangat peka dan mempunyai kemampuan untuk menilai kepimpinan sekolah melalui kaca mata mereka. Kecelaruan (disorderliness) seperti kaca-kaca tingkap pecah yang terbiar tanpa gantian, contengan-contengan di dinding, papan-papan notis yang tidak terurus dan sampah-sarap di merata-rata tempat akan memberi satu gambaran negatif di kalangan murid tentang kepimpinan sekolah - kurang berperihatin, kurang minat dan kurang ambil peduli. Dalam situasi ini, jika ada teguran yang berkaitan daripada guru atau pihak pentadbir dalam majlis seperti perhimpunan, murid-murid tidak akan mengambil serius tentang kerana mereka menganggap teguran itu sebagai rutin (lip-service). Jika kita meneliti teori 'Broken Windows' dan melihat dalam konteks sekolah, keadaan kecelaruan di sekolah seperti kerosakan dan vandalisme akan meningkat jika pihak kepimpinan tidak mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan dengan cepat. Perkara yang kecil seperti sekeping kaca tingkap yang terbiar berkemungkinan besar menjadi penyebab kepada kerosakan yang lebih besar apabila komuniti (termasuk murid, guru dan staf sokongan) hilang keyakinan, perasaan kekitaan dan kebangaan terhadap sekolah sendiri. Begitu juga, masalah disiplin yang kecil kalau dibiar tanpa tindakan untuk membaikpulih akan berjangkit menjadi fenomena yang serius.
Kepimpinan di sini bukan terhad kepada kepimpinan pengetua(guru besar) atau penolong kanan sahaja. Pada peringkat makro kepimpinan mungkin bermaksudkan kepimpinan pengetua(guru besar) dan penolong kanan. Tetapi pada peringkat pertengahan dan mikro seperti di kelas, kepimpinan boleh bermaksud kepimpinan ketua bidang, ketua panitia, ketua unit dan guru kelas. Pada peringkat kelas umpamanya, keceriaan kelas dan tahap intelek murid-murid di dalam kelas itu tidak mempunyai korelasi yang jelas kerana usaha untuk menjadikan sebuah kelas itu ceria, bersih dan selamat tidak memerlukan tahap intelek yang sangat tinggi. Yang lebih penting lagi ialah kepimpinan guru kelas itu. Ada guru kelas yang dapat memimpin anak-anak murid dengan berjaya dalam hal mewujudkan suasana teratur (orderly) tidak kira kelas yang mana dipimpin oleh beliau. Seorang guru kelas yang tidak ambil perhatian tentang keadaan kelas, biarkan papan notis dalam keadaan tidak teratur, kotor, lantai yang dilonggok-longgok dengan sampah dan kaca tingkap yang pecah akan memberi mesej bahawa kecelaruan adalah amalan biasa dan boleh diterima. Selanjutnya, teori 'Broken Windows' boleh diamalkan di peringkat panitia, bidang dan unit-unit di sekolah berkenaan dalam urusan paparan maklumat, pembelian dan penyimpanan stok, penyediaan dan pengendalian program-program sama ada akademik, kokurikulum atau pun hal-ehwal murid.
Oleh yang demikian, setiap orang pemimpin di sekolah dari pengetua ke penolong kanan ke ketua-ketua unit dan guru kelas perlu membuat imbasan persekitaran (environmental scanning) - semakin tinggi sesuatu jawatan semakin luas persekitaran yang perlu diimbas. Semua pemimpin mesti peka terhadap 'tingkap pecah yang terbiar' (unattended broken windows) kerana sebarang kecelaruan yang kecil jika dibiar akan berjangkit menjadi satu masalah yang besar.

* Perkataan 'disorder' dalam artikel ini menerangkan sesuatu keadaan yang tidak atur. Walaupun perkataan 'celaru' digunakan sebagai terjemahan, namun begitu tetap ada perbezaan dalam erti sebenar antara dua perkataan ini. Oleh yang demikian, saya menulis ayat atau sebahagian daripada ayat yang asal supaya mesej yang asal dapat difahami dalam konteks yang sebenar.

Rujukan
James Q. Wilson and George L. Kelling. Broken Windows. http://socsci.colorado.edu/~mciverj/2481_BrokenWindows.PDF
Malcom Gladwell. 2000. The Tipping Point. Little, Brown and Company, U.S.