Monday, June 21, 2010

Siaran pengetua

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN MENGKIBOL

SIARAN PENGETUA 2 / 2010 (JUN 2010)

VISI : SJM menjadi sekolah idaman masyarakat Kluang pada 2010.

MISI : SJM akan sentiasa memberi pendidikan menyeluruh untuk membangunkan modal insan yang berketrampilan berlandaskan Falsafah Pendidikan Ke bangsaan.

Logo Sekolah

Rakan-rakan warga SJM mungkin sedar bahawa kita mempunyai banyak versi logo SJM. Ada versi yang masih menggunakan nama lama sekolah iaitu SEKOLAH MENENGAH JALAN MENGKIBOL pada halnya nama sekolah telah ditukarkan kepada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN MENGKIBOL. Berikut adalah beberapa versi yang biasa digunakan. Perkara ini boleh menyebabkan pelbagai kekeliruan. Untuk mengatasi masalah ini, semua guru dan staff diminta salin versi yang berikut dari En Enuan supaya semua warga SJM menggunakan versi yang sama mulai penggal depan.

Logo SJM versi rasmi yang berwarna dan versi ‘hitam-putih’ untuk tujuan cetakan

Cuti Sekolah (5-20 Jun 2010)

Dalam cuti ini, JK Kecemerlangan, panitia dan guru-guru jangan lupa memberi latihan dan tugasan kepada murid-murid supaya sebahagian daripada masa lapang mereka dapat dimanfaatkan untuk peningkatan akademik masing-masing. Jika ada aktiviti yang perlu penggunaan kemudahan sekolah, sila maklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah. Atas sebab keselamatan, pihak sekolah tidak membenarkan murid-murid menggunakan kemudahan sekolah tanpa kebenaran.

Kepada semua guru SJM, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan sepanjang penggal satu tahun ini. Semoga cuti ini dapat memberi peluang untuk ‘mencaskan bateri’ tuan-tuan dan puan-puan dengan sepenuhnya untuk menghadapi GTP (Government Transformation Program), SIP (School Improvement Program) melalui SIT (School Improvement Toolkit) dan apa-apa lagi ABCDEFG yang belum dikemukakan lagi.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf sokongan yang sentiasa memberi sumbangan dalam usaha mewujudkan suasana kondusif di sekolah. Komitmen tuan-tuan dan puan-puan menjadi pemangkin kepada pelbagai program pembangunan sekolah.

Reflection : Good teachers do matter

(The Star-24 April 2010)

Research also shows poor educators can bring down the whole class. According to behavioral geneticist Jeanette Taylor at Florida State University, in circumstances where the teachers are all excellent, the variability in student reading achievement may appear largely due to genetics. However, poor teaching impedes the ability of children to reach their potential...... When teachers were good, the genes really mattered. If one identical twin excelled with a good teacher, the other did too. But if one twin had a strong teacher and the other twin had a weak teacher, twins with strong genetic potential did just so-so in the poor teacher’s class.... While great teachers do not guarantee success, good teaching is important, even for gifted children.

Do you agree?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

‘SELAMAT BERCUTI’

Sunday, June 20, 2010

SEDIKIT BERKENAAN AMALAN ‘TIPPING POINT’ DALAM PERUBAHAN

SEDIKIT BERKENAAN AMALAN ‘TIPPING POINT’ DALAM PERUBAHAN
Asas


* Satu anjakan asas budaya dan strategi perlu dibuat untuk menjayakan sesuatu perubahan dalam mana-mana organisasi (A fundamental shift in the organisational culture and strategy).
* Antara halangan kepada prestasi tinggi sesuatu organisasi termasuk keadaan pegangan kepada ‘status quo’ telah berakar umbi, resos yang terhad dan staf yang kurang bermotivasi.
* Di mana-mana organisasi, apabila sesuatu jisim kritikal (critical mass) orang yang mempunyai kepercayaan dan bertenaga tercapai, sesuatu idea yang baru dapat merebak seperti epidemik, menghasilkan perubahan dengan cepat.
* Agen perubahan perlu membuat kenyataan atau panggilan yang berimpak dan tidak mudah dilupai atau dipertikaikan untuk merasionalkan perubahan.
* Pihak pengurusan perlu menumpukan resos kepada apa yang benar-benar diperlukan untuk mengurangkan pembaziran dan mengoptimumkan operasi.
* Pihak kepimpinan perlu menggerakkan komitmen di kalangan pemain utama di dalam organisasi.
* Usaha untuk memintaskan penentang yang paling bising adalah perlu untuk melicinkan proses mencapai hasil yang ditetapkan.
* Kejayaan perubahan bukan setakat kerana personaliti yang terlibat tetapi juga pada kaedah yang digunakan.
* Dalam hal ini teori ‘tipping point’ boleh diaplikasi di tempat-tempat lain.
* Dengan kata lain, kepemimpinan ‘tipping point’ boleh dipelajari.



Kebijaksanaan Konvensional

Dalam amalan mengikut kebijaksanaan konvensional, banyak resos dan jangka masa yang panjang diperlukan untuk mengubahkan organisasi besar. Dalam jangka masa yang pendek, hasil perubahan tidak jelas dilihat. Ini boleh melemahkan semangat mereka yang menyumbang sama ada dari aspek tenaga, resos atau kewangan. Dalam banyak situasi, daya perubahan tidak mencukupi dan akhirnya ditewaskan oleh daya penentangan yang lebih selesa dengan ‘status quo’. Malangnya, keadaan sebegini adalah kerap. Tidak susah kita mencari pelbagai contoh program yang bermula secara besar-besaran tetapi berakhiri secara senyap, malahan adanya lenyap, tanpa membawa perubahan yang sebenar seperti dinyatakan dan benar-benar dihasratkan pada awalnya.

Kebijaksanaan ‘Tipping Point’

Untuk mengubahkan organisasi yang besar, fokuskan kepada yang ekstrim, sama ada orang, tindakan atau aktiviti, yang akan mengakibatkan kesan yang besar kepada prestasi. Usaha ini boleh menghasilkan satu anjakan positif dengan kos yang lebih rendah dan jangka masa yang lebih pendek. (Masih ingat tentang inovasi nilai dalam ‘Blue Ocean Strategy’?). Walau bagaimana pun, adalah di dalam jangkaan bahawa untuk sebarang perubahan mesti terdapat berbagai-bagai halangan. Halangan-halangan ini boleh dikategorikan kepada empat kategori utama.

Empat Halangan Utama Dalam Organisasi

1. Halangan kognitif: Ahli-ahli di dalam organisasi yang telah lama biasa dan selesa tidak nampak keperluan anjakan strategik.
2. Resos terhad: Semakin besar sesuatu anjakan strategik, semakin besar keperluan resos untuk melaksanakannya.
3. Motivasi: Bagaimana memotivasikan pemain-pemain utama untuk bergerak dengan cepat untuk lepas dari ’status quo’?
4. Politik: Jangan pandang remek tentang politik korprat yang boleh membawa banyak kerumitan.


Mengatasi Empat Halangan

Apa yang pemimpin ‘tipping point’ lakukan untuk mengatasi halangan-halangan tersebut?

1. Halangan Kognitif: Usahakan kesedaran tentang keperluan anjakan strategik. Biar mereka lihat dan mengalami perubahan.
2. Resos terhad: Fokus bukan ditumpukan kepada mencari lebih banyak resos. Sebaliknya, tumpu kepada melipat gandakan nilai resos yang sedia ada.
3. Motivasi: Pemain-pemain utama perlu dimotivasikan dengan cepat. Fokus kepada tiga faktor yang berikut: a) Zoom kepada ‘Kingpins’: Mereka yang mempunyai pengaruh yang utama dalam organisasi. b) Letakkan ‘Kingpins’ di dalam mangkuk ikan supaya tindakan atau ‘tiada’ tindakan mereka dilihat oleh semua. c) ‘Atomise’ untuk membolehkan organisasi ubah sendiri.
4. Politik: Fokus kepada tiga jenis orang-a) ‘Angels’ – Mereka yang paling untung dari anjakan strategik. b) ‘Devils’ – Mereka yang paling banyak kerugian. c) ‘Consigliere’ – Mereka yang trampil politik tetapi merupakan orang dalaman yang dihormati. Mereka tahu secara awal-awalan mana ada periuk api, siapa yang akan menentang dan siapa yang akan menyokong anda.


Sepuluh Petua Mengubahkan Organisasi

Amalan ‘tipping point’ memberi garis panduan untuk mengubahkan sesuatu organisasi dalam bentuk sepuluh petua.

1. Memecahkan keselesaan: Gerakkan orang ke tahap hendak membuat perubahan yang diperlukan. Bangkitkan kesedaran bahawa ‘status quo’ adalah satu resipi untuk mala petaka.
2. Tanggalkan simbol-simbol kemerosotan: Apakah simbol kemerosotan organisasi anda yang perlu ditanggalkan untuk memberi isyarat bahawa anda betul-betul ingin melakukan perubahan untuk peningkatan?
3. Menggantikan tingkap-tingkap yang pecah: Tingkap yang pecah kalau dibiarkan sahaja memberi gambaran anda tidak peduli dan keadaan organisasi adalah terbiar. Apakah ‘tingkap-tingkap’ yang perlu digantikan di organisasi anda?
4. Penglibatan pelanggan dan komuniti: Perlu difahami bahawa kejayaan sesuatu ‘brand’ adalah bergantung kepada pelanggan. Bagaimana anda dapat menjadikan ‘brand’ anda berinteraktif dengan pelanggan dalam usaha membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D)?
5. Mengenalpastikan ’hot spots’: Bagaimana anda dapat memokuskan perhatian anda kepada aspek-aspek di mana 80% (melawan dengan 20%) daripada usaha anda akan mendatangkan hasil?
6. Kawalan ’king pins’: Dapatkah anda mengenalpastikan ‘king pins’ organisasi anda dan mempengaruhi mereka untuk menyokong usaha anda? Sekiranya anda berjaya memenangi hati ’king pins’ ini, separuh daripada peperangan telah dimenangi.
7. Menstrukturkan cabaran: Adakah anda menstrukturkan cabaran organisasi anda kepada kerangka yang jelas supaya ahli-ahli organisasi mempunyai matlamat yang konkrit mengikut kemampuan mereka untuk mencapai kemajuan?
8. Penampilan untuk peningkatan semangat: Apakah usaha anda untuk menaikkan imej organisasi dan meningkatkan penampilan pemain-pemain untuk menaikkan semangat mereka?
9. Senyapkan mereka yang sentiasa kata ’tidak’: Apa yang anda lakukan untuk senyapkan mereka, sama ada di luar atau di dalam organisasi, yang sentiasa kata ‘tak’, ‘tak boleh’ atau ‘tak nak’ kepada usaha anda?
10. Memetakan rupa bentuk: Adakah anda menegaskan kejituan dan ketepatan masa maklumat; tindakan yang cepat; taktik yang efektif dan penilaian serta tindakan susulan yang berterusan?


Akhir sekali, cuba anda meneliti secara kritikal pelbagai perkara yang sedang berlaku di dalam organisasi anda atau organsisasi yang lebih besar di mana organisasi anda adalah sebahagian daripadanya. Adakah organisasi-organisasi ini mengamalkan cadangan-cadangan daripada ’tipping point’. Adakah anda mempunyai keraguan dan kebimbangan tentang perkara-perkara yang masih dilakukan mengikut amalan konvensional yang hasilnya nanti tidak setimpal dengan tenaga, resos, kewangan dan masa yang dicurahkan?

(Perlu diakui di sini bahawa artikel ringkas ini tidak dapat memberi kefahaman yang selengkap berkenaan teori ’tipping points’. Memang bukan tujuan dan juga di luar kemampuan saya untuk memberi satu penjelasan yang komprehensif tentang tajuk ini. Oleh itu, saya berharap peminat tajuk ini dapat membuat bacaan lanjutan buku-buku atau artikel-artikel yang berkaitan.)
Posted by Thinking Allowed at 1:12 PM 0 comments
Thursday, April 8, 2010
MUAFAKAT

Berkenaan kata kunci MUAFAKAT, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sedikit panduan untuk peningkatan profesional diri:

* M-Maujud. Erti dalam Bahasa Inggeris ialah ’concrete, real, tangible’. Perancangan perlu jelas dan berstrategik (bukan abstrak sangat). Panduan asas ialah SMART iaitu Specific, Measurable, Attainable, Rewarding, Time frame.
* U-Ulas/ulang. Untuk membudayakan sesuatu amalan atau untuk menegaskan kepentingan sesuatu perkara, kita perlu mengulas dan mengulang untuk memastikan semua yang terlibat betul-betul memahami dan menghayati perkara berkenaan.
* A- Aksi (action). Perancangan akan tetap jadi perancangan jika tidak diterjemahkan kepada tindakan. Perancangan yang terbaik di dunia pun tidak akan menghasil jika tidak ada aksi. Dalam hal itu, kata-kata dan pelbagai seruan hanya menjadi cogan kata sahaja.
* F-Faham. Seperti di atas, tujuan ulas dan ulang adalah untuk memastikan kefahaman. Ada orang yang cepat faham; ada yang lambat faham; ada yang macam faham tetapi tak faham; ada yang macam tak faham tetapi faham; ada yang tak nak faham. Walau apa pun, perlu ada usaha supaya semua faham.
* A-Agih. Kerja-kerja perlu diagih-agihkan kepada ahli-ahli pasukan secara sistematik dan koheren. Sesuatu kerja yang perlu usahasama sepasukan orang jika ditanggung oleh ketua sendiri tidak akan menghasilkan kesan yang diharapkan. Walau bagaimanapun agihan tidak bermaksud dipindah bulat-bulat sehingga ketua tidak terlibat langsung. Begitu juga, ahli-ahli jangan anggap ketua sahaja yang perlu menanggung segala-gala kerja. Semua ini adalah resipi untuk kegagalan.
* K-Kerjasama. Cara mengagihkan kerja secara harmoni adalah melalui kerjasama. Cara kerjasama biasanya adalah lebih baik daripada arahan eksekutif. Kejelekitan ahli-ahli kumpulan menentukan kualiti kerja. Walau bagaimana pun, dalam masa-masa tertentu, arahan eksekutif masih diperlukan.
* A-Analisis. Amalan semalam mungkin tak sesuai lagi untuk hari ini. Amalan hari ini mungkin tak sesuai untuk hari esok. Kita perlu menganalisis situasi mengikut keperluan yang terkini dan mengambil langkah mengikut konteks yang terbaru.
* T-Tabah. Akhir sekali, dalam zaman yang berubah sebegitu cepat, kita perlu tabah untuk menghadapi gelombang perubahan. Kita perlu berani menghadapi pukulan ombak pembaharuan.

Peranan Guru Matematik Dalam Masyarakat



Baru-baru ini terdapat beberapa kekeliruan menginterpretasi ayat-ayat matematik. Kekeliruan ini yang barangkali berpunca daripada asas matematik yang tak kukuh, mempunyai implikasi yang sangat besar bukan setakat ringgit dan sen sahaja, malahan termasuk kos sosial dan politik. Isu yang terlibat ini adalah berkenaan takrifan sebenar ketaksamaan matematik. Oleh itu, guru matematik mempunyai peranan yang penting untuk memastikan anak-anak murid di bawah jagaan mereka betul-betul memahami ketaksamaan matematik (ada banyak perkara yang lain tetapi setakat artikel ini ‘ketaksamaan’ sudah mencukupi) supaya pada satu hari nanti apabila mereka menjadi hakim, peguam, ahli politik, menteri, pensyarah, ... mempunyai kefahaman yang sama dan betul.

Katakanlah undang-undang menyatakan bahawa seseorang yang membawa lebih daripada 5 gram sejenis dadah boleh dikenakan hukum mati, apakah nasib seorang yang ditangkap membawa 5 gram bahan itu? Kalau undang-undang menyatakan bahawa seorang ahli parlimen boleh hilang kerusinya jika dikenakan hukuman denda oleh mahkamah tak kurang daripada 2000 ringgit, apakah status seorang ahli parlimen yang dikenakan hukuman denda sebanyak betul-betul 2000 ringgit? Interpretasi ketaksamaan boleh menentukan hidup atau mati seseorang, jimat atau belanja berjuta-juta ringgit, belum lagi mengira kos sosial dan politik, antara yang lain.

Adakah interpretasi ketaksamaan dalam ayat undang-undang berlainan daripada interpretasi sains dan matematik? Setakat saya tahu, ayat matematik dan sains adalah tepat dan jelas. Minta maaf kalau saya silap kerana saya kurang arif dengan hal berkenaan undang-undang yang tulin. Saya hanya ingin kongsi sedikit pengetahuan saya berkenaan ketaksamaan dari aspek takrifan matematik yang saya percaya kebanyakan murid sekolah menengah yang cukup rajin sudah fasih dan biasa.

* Kurang daripada 2000 : Sebarang nombor yang kurang daripada 2000. Tak termasuk 2000 kerana 2000 tak kurang daripada 2000.
* Lebih daripada 2000 : Sebarang nombor yang lebih daripada 2000. Tak termasuk 2000 kerana 2000 tak lebih daripada 2000.
* Tak kurang daripada 2000 : Sebarang nombor yang lebih daripada 2000. Termasuk 2000 sendiri kerana 2000 adalah tak kurang daripada 2000.
* Tak lebih daripada 2000 : Sebarang nombor yang kurang daripada 2000. Termasuk 2000 sendiri kerana 2000 adalah tak lebih daripada 2000.

(2000, 2000 dan 2000. Harap anda tak 'complain' keliru, keliru dan keliru.)

Apa kata kalau adakan kursus untuk meningat kembali asas-asas selaras dengan pembelajaran sepanjang hayat? Saya hanya ’thinking allowed’ bukan dan tak berani nak menjadi jurulatih.

Thursday, April 8, 2010

Siaran Pengetua 2010/1

Salam 1Malaysia, Salam 1SJM
Ada rakan-rakan SJM menanya bila Siaran Pengetua yang baru akan diterbitkan. Terima kasih kerana rinduan kepada terbitan ini.

Beberapa majlis besar seperti Sukan Terbuka 2010, Pengumuman Keputusan SPM 2009 dan Majlis Hari Anugerah Cemerlang/Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Tahun 2010 dan pelbagai pertandingan, kempen dan program sekolah telah lalu sebelum terbitan ini sampai ke tangan rakan-rakan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan, kerjasama dan permuafakatan semua warga SJM atas segala kejayaan dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

MUAFAKAT
Berkenaan kata kunci MUAFAKAT, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sedikit panduan untuk peningkatan profesional diri:
• M-Maujud. Erti dalam Bahasa Inggeris ialah ’concrete, real, tangible’. Perancangan perlu jelas dan berstrategik (bukan abstrak sangat). Panduan asas ialah SMART iaitu Specific, Measurable, Attainable, Rewarding*, Time frame.
• U-Ulas/ulang. Untuk membudayakan sesuatu amalan atau untuk menegaskan kepentingan sesuatu perkara, kita perlu mengulas dan mengulang untuk memastikan semua yang terlibat betul-betul memahami dan menghayati perkara berkenaan.
• A- Aksi (action). Perancangan akan tetap jadi perancangan jika tidak diterjemahkan kepada tindakan. Perancangan yang terbaik di dunia pun tidak akan menghasil jika tidak ada aksi. Dalam hal itu, kata-kata dan pelbagai seruan hanya menjadi cogan kata sahaja.
• F-Faham. Seperti di atas, tujuan ulas dan ulang adalah untuk memastikan kefahaman. Ada orang yang cepat faham; ada yang lambat faham; ada yang macam faham tetapi tak faham; ada yang macam tak faham tetapi faham; ada yang tak nak faham. Walau apa pun, perlu ada usaha supaya semua faham.
• A-Agih. Kerja-kerja perlu diagih-agihkan kepada ahli-ahli pasukan secara sistematik dan koheren. Sesuatu kerja yang perlu usahasama sepasukan orang jika ditanggung oleh ketua sendiri tidak akan menghasilkan kesan yang diharapkan. Walau bagaimanapun agihan tidak bermaksud dipindah bulat-bulat sehingga ketua tidak terlibat langsung. Begitu juga, ahli-ahli jangan anggap ketua sahaja yang perlu menanggung segala-gala kerja. Semua ini adalah resipi untuk kegagalan.
• K-Kerjasama. Cara mengagihkan kerja secara harmoni adalah melalui kerjasama. Cara kerjasama biasanya adalah lebih baik daripada arahan eksekutif. Kejelekitan ahli-ahli kumpulan menentukan kualiti kerja. Walau bagaimana pun, dalam masa-masa tertentu, arahan eksekutif masih diperlukan.
• A-Analisis. Amalan semalam mungkin tak sesuai lagi untuk hari ini. Amalan hari ini mungkin tak sesuai untuk hari esok. Kita perlu menganalisis situasi mengikut keperluan yang terkini dan mengambil langkah mengikut konteks yang terbaru.
• T-Tabah. Akhir sekali, dalam zaman yang berubah sebegitu cepat, kita perlu tabah untuk menghadapi gelombang perubahan. Kita perlu berani menghadapi pukulan ombak pembaharuan.
(*Berkenaan Rewarding, kita perlu jelas dan pastikan apa yang kita buat akan mendatangkan kesan yang lebih baik daripada sebelumnya.)

PRACTISE
Teori tetap menjadi teori; perancangan tetap menjadi perancangan kalau tidak ada aksi. Walau bagaimana pun, adalah lebih senang cakap daripada buat. Kita perlu persediaan minda untuk menghadapi gelombang perubahan dan pukulan ombak pembaharuan. Kita perlu latih, latih dan PRACTISE.
• P-Procedural information: Maklumat berkenaan pelbagai tindakan atau proses yang penting untuk sesuatu tugasan.
• R-Recalling skills: Kemahiran mengingat dan mengeluaran maklumat dari ingatan jangka panjang.
• A-Analysing skills – Kemahiran menjelaskan maklumat yang sedia ada dengan memeriksa bahagian-bahagian yang terlibat dan mencari hubung kaitan antara bahagian itu.
• C-Comprehending – Menjana makna dan kefahaman dengan mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada.
• T-Thinking processes: Operasi kognitif yang agak kompleks dan mengambil masa. Perkara seperti penggubalan konsep, penyelesaian masalah dan sintesis menggunakan lebih daripada satu kemahiran berfikir.
• I-Integrating skills: Kemahiran teras yang melibatkan penghubung kaitan dan penggabungjalinan maklumat.
• S-Summarising: Menggabungkan maklumat dengan efisien menjadi satu pernyataan yang kohesif.
• E-Evaluating skills: Kemahiran berfikir teras yang melibatkan pentaksiran kesahihan dan kualiti idea-idea.

Anjak Ke Kanan
Dalam setting yang biasa, kita perlu mengakui bahawa kebolehan murid-murid adalah berlainan. Kalau dilihat dari aspek akademik, jika kita plotkan markah ujian murid dalam bentuk histogram, kita mungkin akan dapat bentuk yang berikut. Biasanya kes ekstrimiti, iaitu, terlalu lemah atau terlalu baik, tidak banyak. (Tidak boleh diaplikasikan kepada sekolah-sekolah seperti sekolah kawalan, sekolah berasrama penuh dan sekolah pendidikan khas.)

Bentuk histogram yang dihasilkan adalah dekat dengan satu graf normal. Keadaan ini akur dengan teori statistik taburan populasi dalam setting yang biasa. Faktor-faktor penyumbang kepada taburan normal termasuk genetik (baka), sosial, ekonomi. Namun demikian, sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang mencabarkan perkembangan semulajadi melalui pelbagai program terancang, dilaksanakan oleh profesional yang terlatih, dengan perbelanjaan yang besar dan teknologi yang sesuai, dapat mengubahkan keadaan taburan menjadi seperti yang berikut – iaitu, satu anjakan ke kanan.
Mari kita bersama-sama berusaha untuk menjayakan proses anjakan ke kanan.

Sekian. Terima kasih.

Sunday, January 24, 2010

PELAKSANAAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN




KERTAS KONSEP

PELAKSANAAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2008
STRATEGI 'MULTITASKING'


DISEDIAKAN OLEH

YEW KOK LEH
PENGETUA
JUN 2008



Pendahuluan
Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang disiarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005 menjelaskan antara lainnya memastikan semua anggota Perkhidmatan Awam mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun. Selaras dengan itu dan sebagai satu langkah memartabatkan profesion keguruan (PIPP Teras 5), setiap guru mesti mengikut 7 hari kursus dalam setahun; 2 hari di peringkat JPNJ, 2 hari di peringkat PPD dan 3 hari di peringkat sekolah.

Satu sesi taklimat Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP) telah diberi oleh Tuan PPD dan Pegawai LDP PPD Kluang kepada Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan sekolah pada 13 Mei, 2008. Tuan PPD pesan semua sekolah di daerah Kluang menyelesaikan kursus 3 hari itu selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2008. Semua sekolah mesti menubuhkan satu jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan (JK LDP) di peringkat sekolah. Semua kursus perlu didaftar mengikut prosedur pelaksanaan LDP di peringkat sekolah. Tuan PPD juga memberi pesanan bahawa kandungan kursus perlu memberi tumpuan yang lebih kepada aspek pedagogi selaras dengan konsep 'Guru Mengajar, Murid Belajar'. Kursus-kursus ini mesti dijalankan di luar waktu p&p.

Cara kiraan jumlah kredit jam yang minimum untuk mencapai 3 hari LDP peringkat sekolah adalah seperti berikut:-
• 18 jam setahun
• 6 jam (tidak termasuk kudapan dan makan tengah hari) dikira sebagai sehari
• 2 jam x 3 kali dikira 1 hari
Kursus dan kredit jam perlu direkod di dalam kad biru.

Keperluan Multitasking

Terdapat beberapa kekangan yang sedia ada dalam penentuan hari dan masa untuk menjalankan LDP di peringkat sekolah. Terdapat juga pertindihan aktiviti antara sekolah dan peringkat yang lebih tinggi seperti daerah dan negeri. Oleh itu, pihak pengurusan sekolah cuba menggunakan satu strategi sesi selari di mana beberapa jenis aktiviti (Kokurikulum / LDP / Lain-lain) boleh diurus dan dijalankan secara serentak pada hujung minggu. Selain itu, kursus-kursus yang tidak melibatkan ramai guru boleh juga dijalankan selepas sekolah untuk sesi pagi atau sebelum sekolah untuk sesi petang. Strategi ini dikenali sebagai Strategi Multitasking Hujung Minggu atau secara singkatnya, Strategi Multitasking.

Strategi ini akan memudahkan perjalanan aktiviti kokurikulum secara serentak dengan LDP dan lain-lain aktiviti yang diperlukan pada hujung minggu yang bekerja. Mengikut kamus Longman, Dictionary of Contemporary English, maksud Multitasking memberi erti kemampuan untuk melakukan lebih daripada satu tugas pada masa yang sama.

Multitasking dalam konteks strategi ini bermaksud melaksana dan menguruskan lebih daripada satu jenis aktiviti pada hari yang sama, khasnya pada hari Sabtu bekerja. Jenis aktiviti bermaksud : Aktiviti kokurikulum dikategorikan sebagai sejenis aktiviti manakala LDP ialah jenis aktiviti yang lain. Selain itu, aktiviti-aktiviti Lembaga Pengawas, Lembaga Ketua Tingkatan, Unit Media dan Pusat Sumber dikategorikan sebagai jenis-jenis aktiviti yang lain.

Untuk memudahkan urusan pengagihan guru/staf, tempat dan masa supaya tidak berlaku pertindihan, satu grid yang dikenali sebagai Grid Multitasking akan disediakan untuk merancang, menyelaras dan merekod penglibatan guru-guru mengikut jenis aktiviti yang ditetapkan. Melalui penyelarasan dan persediaan awalan dengan Grid Multitasking LDP dapat dilaksanakan secara serentak dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum dengan lebih teratur dan sistematik.

Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan

Pengerusi : En Yew Kok Leh (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : En Mohd Noh Bin Mohd Yussof (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Pn Faridah Omar (PK HEM)
En Ng Cher Luang (PK Koko)
En Yew Puay Huat (PK Petang)
Setiausaha : Pn Aishah Mohamad
Ahli Jawatankuasa : En Lee Choo Chai (GK Sains & Matematik)
En Ahmad Kusaini Safri (GK Bahasa)
Pn Hjh Siti Kittiyah (GK Kemasyarakatan)
Pn Loke Muh Erh (GK Teknik & Vokasional)
En Ismail Yon (Guru Media)
Pn Rozila Rahmat (Ketua Kurikulum Petang)
Tn Hj Ezudin Adnan (Kestabol)
Cik Hjh Aminah Hairan (KPT)
En Ramli Juri (Bendahari PIBG)


Modus Operandi

1. Perancangan dan penerangan kertas konsep.
2. Pembentukan jawatankuasa LDP.
3. Perancangan aktiviti kokurikulum, LDP dan lain-lain aktiviti.
4. Pelantikan pengurus bahagian masing-masing.
5. Isikan borang Grid Multitasking Hujung Minggu.
6. Persediaan LO, pesanan mengikut prosedur PTJ untuk LDP.
7. Lakukan prosedur biasa masing-masing seperti surat panggilan, jawatankuasa, peralatan, kehadiran, pelaporan dan dokumentasi, dan lain-lain.
8. Prosedur pensijilan LDP, rekod kursus, pembayaran (PTJ), pelaporan ke pihak PPD dan JPNJ.

Semua peserta kursus perlu menyediakan sebuah fail peribadi untuk menyimpan surat panggilan, buku program kursus, bahan-bahan kursus dan sijil untuk rujukan pada hujung tahun. Peserta-peserta juga perlu merekodkan kehadiran mereka untuk tujuan kiraan keperluan minimum 7 hari kursus setahun. (Lebih penting lagi, semua peserta dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam tugas profesionalisme masing-masing.)

Prosedur Kerja LDP Peringkat Sekolah

Carta aliran yang berikut menunjukkan proses LDP dari perancangan sehingga ke pelaksanaan dan pelaporan.


Kandungan LDP

Bidang-bidang mengemukakan cadangan-cadangan kursus yang berkaitan dengan keperluan bidang masing-masing. Selain itu, kursus umum untuk semua juga dirancang mengikut keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah. Dalam situasi di mana tiada tindihan guru berlaku, dua atau lebih kursus boleh dijalankan secara serentak. Sebagai contoh kursus BM boleh dijalankan serentak dengan kursus BI; atau kursus Matematik boleh dijalankan serentak dengan kursus Sejarah.

Secara anggaran, 50 orang guru akan dilibatkan dalam LDP dan 40 orang guru yang lain akan dilibatkan dalam aktiviti kokurikulum. Jika ada aktiviti ketiga (seperti bahagian media, kaunseling atau kerjaya) diadakan, taburan guru adalah mengikut keperluan masing-masing. Aktiviti-aktiviti tambahan ini perlu diluluskan oleh pihak pentadbiran lebih awal lagi untuk mengelakkan penglibatan guru-guru yang sama. Melalui penyelarasan yang rapi, strategi ini dapat mengelakkan keperluan menggunakan hari Sabtu melebihi dua kali sebulan. Pada dasarnya, mana-mana dua hari Sabtu boleh digunakan tetapi melainkan dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan, hari Sabtu yang kedua dan keempat akan dipilih untuk Multitasking.

Kajian Strategi Multitasking Hujung Minggu Melalui Kerangka 4-Tindakan

Rasional dan kelebihan menggunakan Strategi Multitasking Hujung Minggu boleh ditelitikan melalui Kerangka 4-Tindakan (Four Actions Framework--Blue Ocean Strategy) yang berikut:

Eliminate (hapuskan)

- Tanggapan satu hari satu jenis aktiviti sahaja (Single tasking)
- Identiti hujung minggu Koko sahaja
- Keperluan menggunakan lebih daripada 2 Sabtu sebulan
- Tindihan tugas guru

Raise (tingkatkan)

- Kemahiran mengurus sesi secara serentak
- Peluang peningkatan profesionalisme guru
- Kehadiran dan penglibatan murid dalam aktivti koko
- Keberkesanan mengurus pelbagai jenis aktiviti yang dituntut oleh kementerian
- Kecekapan pelaksanaan PIPP 2006-2010

Reduce (kurangkan)

- Masalah penangguhan atau pembatalan aktiviti kerana tidak dapat mencari hari dan masa yang sesuai
- Kekeliruan jadual bertugas dan tindihan tugas melalui Grid Multitasking
- Masalah penyelarasan antara koko dengan aktiviti-aktiviti jenis lain Create (ciptakan)

- Grid Multitasking
- Pengurus Utama
- Pengurus Bahagian
- Identiti hujung minggu pelbagai jenis aktiviti
- Suasana profesionalisme keguruan pada hujung minggu

Kandungan Kertas Kerja LDP Peringkat Sekolah


1. Tajuk Kursus
2. Pendahuluan
3. Rasional
4. Objektif
5. Sasaran
6. Jangka Masa
7. Tempat
8. Sumber Kewangan
9. Kos
10. Sumber Tenaga
11. Pengisian
12. Strategi Pelaksanaan
13. Penilaian
14. Perakuan Penulis Kertas Kerja
15. Pengesahan Pengetua
16. Senarai AJK
17. Senarai Peserta
18. Jadual Kursus (Tentatif)

Kandungan Laporan Kursus

1. Tajuk kursus
2. Tarikh
3. Masa
4. Tempat
5. Kehadiran
6. Jadual
7. Laporan Aktiviti
8. Dokumentasi
9. Pengesahan Pengetua
10. Lampir bersama kertas kerja, surat panggilan dan bahan edaran kursus--siapkan dalam 5 salinan untuk :
(i) PPD (ii) Pengetua (iii) Fail LDP Sekolah
(iv) SU LDP (v) Fail dalam PPK

Cara Menulis Kehadiran Peserta

Bil. Nama Peserta Gred No. K/P T/Tgn
1.
2.
3.
Jadual Tentatif LDP Hujung Minggu (Contoh)

Masa : 8:00 pagi - 12:00 tengah hari Hari : Sabtu

Tarikh Koko LDP
14/6/08 Hari Gerko Tiada

28/6/08 Perjumpaan Koko 1. S/M : PPSMI--Komunikasi Inggeris (2 J);
Penggunaan GSP Dalam Sains & Matematik (2 J)

2. BH : Pemantapan Tatabahasa BM (3 J);
Bengkel Operasi Alatan Multimedia Untuk Guru BM (1 J)

12/7/08 Perjumpaan Koko 1.T/V : Pengoperasian dan Pemurnian PBS KH (3 J);
Bengkel Baikpulih Alatan Asas KH (1 J)

2. KM : Kursus Penandaan Sejarah (3 J);
Bengkel Penggunaan Bahan Grafik Dalam P&P Sejarah (1 J)

26/7/08 Perjumpaan Koko 1. S/M : PPSMI-- Komunikasi Inggeris (2 J);
Teknik Lanjutan PowerPoint Untuk Guru Sains & Matematik
(2 J)

2. BH : Pembinaan Modul P&P Bahasa Malaysia (4 J)

30/8/08 Perjumpaan Koko 1. KM : Profesionalisme Guru Sivik (3 J);
Bengkel Amalan Kerja Amali Sivik (1 J)

2. KM : Ujian Kecergasan Fisikal Utk Guru PJK (4 J)

13/9/08 Hari Penilaian Koko Tiada
27/9/08 Perjumpaan Koko Am: Kursus Kajian Tindakan (4 J)
11/10/08 Mesyuarat Agung / Majlis Perpisahan T/V : Kursus Rekreasi Masakan & Hiasan
25/10/08 Mesyuarat Agung / Majlis Perpisahan Tiada
Catitan : Perancangan di atas adalah tertakluk kepada pindaan jika sekolah diperlukan menjalankan kelas ganti pada hari Sabtu.

S/M : Bidang Sains dan Matematik
KM : Bidang Kemasyarakatan
BH : Bidang Bahasa
T/V: Bidang Teknik dan Vokasional


YEW KOK LEH
Pengetua Kanan
SMK Jalan Mengkibol, Kluang

Saturday, January 23, 2010

SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG,JOHOR D.T.




AMALAN TERBAIK (BEST PRACTICES)
PENGURUSAN
SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG

Oleh

YEW KOK LEH
Pengetua Kanan
SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG, JOHOR D.T.
FEBRUARI 2009


1.0 PENGENALAN
Pembangunan modal insan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing negara merupakan salah satu teras utama dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) untuk tujuan tersebut. PIPP menggariskan perancangan pelbagai strategi untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual dalam aspek sains, teknologi dan keusahawanan, bersikap progresif serta bernilai etika dan moral yang tinggi. Pembangunan modal insan secara holistik di peringkat sekolah tidak akan berlaku jika sekolah mengamalkan 'more of the same' sahaja tanpa merujuk kepada pelbagai perubahan yang berlaku dalam semua aspek. Artikel ini menggariskan beberapa ‘amalan terbaik’ yang dilakukan di SMK Jalan Mengkibol untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan di sekolah.

2.0 IMBASAN DAN ANALISIS
Untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan amalan pengurusan yang sedia ada di SMK Jalan Mengkibol, satu imbasan yang kritikal telah dibuat pada pertengahan tahun 2007. Kerangka Empat Tindakan BOS digunakan sebagai instrumen analisis dan membuat inovasi nilai dalam usaha meletakbetulkan dan merekaraya sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan di sekolah tersebut. Jadual berikut menunjukkan hasil analisis yang dilakukan.

Hapuskan (Eliminate)
- Persepsi 'sekolah sederhana'.
- Ulangan kerja disebabkan tidak mengongsi maklumat dan data yang sedia ada.
- Keadaan ketidakpastian disebabkan kekurangan maklumat.
- Amalan kerja tanpa tarikh tutup / tarikh siap : budaya 'Esok Lusa'.
- Program yang tidak mengambil kira keberkesanan kos dan objektif.
- Kongkongan mentaliti status quo.

Tingkatkan (Raise)
- Kemahiran mengurus dan pengupayaan.
- Keberkesanan sebaran maklumat.
- Semangat kekitaan dan cinta kepada sekolah.
- Kepimpinan dan ketrampilan murid.
- Keberkesanan program akademik.
- Kemahiran ICT dalam pengurusan perkhidmatan.
- Pengetahuan berkenaan dasar-dasar yang perlu dilaksanakan.
- Kesedaran hirarki jawatan dan amalan prosedur kerja yang betul.

Kurangkan (Reduce)
- Masa akses maklumat.
- Pencairan maklumat.
- Perancangan yang ad hoc.
- Kadar vandalisme.
- Gangguan waktu instruksional.
- Program-program kecemerlangan akademik yang tidak berdasarkan analisis data.
- Aduan melalui permuafakatan dengan masyarakat.

Ciptakan (Create)
- Kertas-kertas konsep penerangan.
- Watak sekolah.
- Prosedur Audit Akademik.
- Konsep Info SJM.
- Konsep 'Program Murid, Oleh Murid, Untuk Murid'.
- Amalan 'Mana-mana pun boleh'
- Konsep PASTI.
- Konsep 'Let The Manager Manage; The Manager Must Manage'.


Strategi yang dilaksanakan boleh diwakilkan dalam bentuk gambaran sebuah payung terjun. Sebuah payung terjun, tidak kira betapa tinggi mutunya, memerlukan suatu prosedur penggunaan yang baik untuk menjaminkan pengguna (penerjun) menuju ke sasaran yang ditetapkan dengan jitu dan selamat. Rajah berikut menunjukkan enam aspek yang dititikberatkan.




Enam Aspek Peningkatan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

1. Info SJM
2. SJM Sekolah Pilihan Saya
3. Program Murid, Oleh Murid, Untuk Murid
4. Let The Manager Manage; The Manager Must Manage
5. Aplikasi Strategik ICT Dalam Pengurusan
6. Audit Akademik



3.0 ENAM ASPEK PENINGKATAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
Jadual berikut memberi gambaran sepintas lalu enam aspek yang akan dibincangkan.

Aspek Keterangan Tujuan
Kelebihan
1. Info SJM Satu sistem pengurusan dan penyebaran maklumat dan dasar melalui taklimat, kertas konsep, siaran buletin dan paparan. • Maklumat dan dasar kerajaan dapat diturunkan dengan cepat dan tepat untuk dilaksanakan.
• Semua warga sekolah dapat gambaran yang lebih menyeluruh dan sedar kepentingan peranan mereka sebagai pelaksana dasar-dasar.

• Kurangkan ralat dan kos.
• Kurangkan keperluan mesyuarat kerap yang boleh mengganggu waktu instruksional.
2. SJM Sekolah Pilihan Saya Suasana sekolah yang kondusif supaya murid bergembira dan ibubapa yakin • Berasaskan konsep sekolah penyayang.
• Membina semangat kekitaan dan cinta kepada sekolah.
• Mengurangkan kadar vandalisme.
• Menjadikan suasana sekolah lebih kondusif.
• Kurangkan kos baikpulih.
• Tingkatkan suasana sekolah yang kondusif untuk melaksanakan proses pendidikan.
3. Program Murid,
Oleh Murid, Untuk Murid Satu amalan pembangunan modal insan berketrampilan
• Murid-murid diberi peluang untuk dilatih kerja berpasukan, pengurusan dan kepimpinan melalui pelbagai projek kokurikulum.
• Murid-murid beperluang menunjukkan bakat mereka.
• Peranan guru lebih kepada penasihat dan sokongan dari belakang.

• Kurangkan penglibatan terus guru dan gangguan instruksional.
• Tingkatkan kepimpinan murid.
• Tingkatkan peluang murid-murid menyalurkan tenaga mereka secara positif.

4. Let The Manager Manage; The Manager Must Manage Satu amalan ke arah pengurusan berkualiti, akauntabiliti dan meningkatkan pengupayaan
• Pengurus tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing.
• Proses pengupayaan (empowerment) membolehkan banyak aspek operasional dilaksanakan dengan cepat.
• Proses pemantauan lebih berkesan.
• Pelaksanaan tugas berasaskan perancangan strategik dan berkomitmen tinggi untuk mencapai matlamat.
• Mempercepat-kan proses pelaksanaan program.
• Meningkatkan akauntabiliti dan kualiti penyampaian.
• Mengurangkan kos.
• Menjadikan organisasi lebih sistematik dan berkesan.
5. Aplikasi Strategik ICT Dalam Pengurusan Satu rangkaian sistem mengaplikasi ICT yang lebih strategik untuk pengurusan pelbagai unit.
• Mengurangkan kerja ulangan atau tindihan.
• Perkongsian maklumat memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang status sekolah.
• Menpercepatkan pengumpulan maklumat dan data.
• Mempercepat-kan pemero-sesan data.
• Meningkatkan mutu data dan hasil analisis.
• Memudahkan perancangan berdasarkan data.


6. Audit Akademik
Satu sistem pengauditan prestasi akademik dan perancangan program akademik yang berpandukan analisis data ujian / peperiksaan • Perancangan program akademik yang lebih berfokus dengan bantuan sistem analisis peperiksaan dalaman berkomputer.
• Kumpulan murid seperti kes sempadan, sederhana, berprestasi tinggi dapat dikenalpasti untuk tindakan spesifik.
• Program Perfect Score untuk membentuk critical mass murid cemerlang untuk meningkatkan keputusan peperiksaan awam. • Meningkatkan akauntabiliti diri murid.
• Meningkatkan tanggung-jawab dan akauntabiliti panitia dan bidang masing-masing.
• Meningkatkan keberkesanan program kecemerlang-an akademik.


4.0 PENERANGAN LANJUTAN ENAM ASPEK

4.1 Info Sekolah -- Satu Sistem Penyebaran Maklumat
Pencairan maklumat dari pihak atasan (PPD, JPN atau KPM) akan berlaku di sekolah sekiranya mekanisma saluran maklumat tidak diperkukuhkan. Antara sebab utama ialah kekangan masa untuk mengaturkan mesyuarat atau sesi penerangan tanpa menjejaskan waktu instruksional dan waktu kokurikulum. Untuk mengatasi kekangan ini, pendekatan sebaran maklumat pelbagai penjuru seperti yang berikut dilaksanakan.

4.1.1 Kertas Kerja Terjemahan Dasar dan Taklimat Ringkas
Sesi-sesi taklimat khas diaturkan oleh ketua-ketua unit berkenaan untuk menerangkan dasar-dasar. Biasanya sesi ini mengambil masa lebih kurang 1 jam. Guru-guru sesi petang ditaklimatkan pada masa 12:00 - 1:00 tengah hari dan guru-guru sesi pagi diberi taklimat pada masa 2:00 - 3:00 petang pada hari yang sama supaya waktu instruksional tidak diganggu. Jika perlu nota-nota khas yang menterjemahkan dasar-dasar kepada tindakan sekolah disediakan. Sebagai contoh, nota berkenaan PIPP ditulis dalam konteks yang mudah dijalankan di sekolah untuk setiap dari enam teras strategik PIPP. Melalui kaedah ini, guru-guru dapat melaksanakan tugas dengan lebih yakin dan terarah mengikut matlamat yang perlu dicapai.
4.1.2 Amalan 'Mana-mana Pun Boleh'
Selain daripada sesi taklimat dan nota khas, guru-guru dan staf-staf sokongan mempunyai peluang untuk mendapat penjelasan lanjutan melalui amalan yang saya namakan 'Mana-mana Pun Boleh'. 'Mana-mana Pun Boleh' merupakan amalan di mana pihak pentadbir bergerak dan bertemu dengan guru-guru dan staf sokongan di mana-mana tempat yang sesuai untuk berinteraksi dan memaklumkan secara terus, dasar-dasar yang mereka perlu tahu dan tugas yang mereka perlu melaksanakan. Amalan ini membolehkan sebaran maklumat dan dasar dengan cepat, jitu dan boleh mendorong mereka untuk melaksanakan tugas dengan lebih serius, cekap dan berkesan kerana unsur humanistik dan sentuhan hati yang terlibat. (Mereka berasa segan jika tidak menjalankan tugas dengan baik kerana telah menganggap pemimpin mereka sebagai sahabat karib.)

4.1.3 Siaran Pengetua
Siaran Pengetua merupakan buletin yang dikeluarkan mengikut keperluan untuk tujuan penyebaran maklumat secara cepat tanpa sesi taklimat bersemuka. Buletin ini yang biasanya ditulis dalam satu atau dua muka surat akan diedarkan kepada semua guru dan staf sokongan di sekolah. Fungsinya adalah untuk memberi peringatan dan perhatian yang memerlukan tindakan yang cepat. Setiap keluaran Siaran Pengetua hanya memokus kepada beberapa (3-5) perkara dan ditulis dalam format yang tidak formal supaya tidak mendatangkan persepsi sebagai arahan pentadbiran.

4.1.4 Sistem Maklumat Akses Kendiri
Sistem paparan maklumat berpapan notis dikemaskinikan mengikut lokasi yang dinamakan Laluan Akademik, Laluan Kokurikulum, Info Utama, Info HEM dan Info Dasar untuk memaparkan maklumat-maklumat yang berkenaan dengan bahagian masing-masing. Melalui paparan ini, maklumat dan dasar dapat dibaca oleh semua warga sekolah termasuk guru, staf sokongan, murid-murid, ibubapa dan pelawat. Melalui sistem akses kendiri ini, dasar kementerian seperti PIPP, kurikulum, pentaksiran berasaskan sekolah, dasar kokurikulum, maklumat peperiksaan, bantuan-bantuan kerajaan, statistik sekolah dan kerjaya dapat dirujuk dengan kerap dan mudah.

4.2 SJM Sekolah Pilihan Saya
Masalah disiplin jika tidak ditangani dengan berkesan boleh menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan pendidikan di sekolah. Sekolah yang mempunyai banyak masalah disiplin murid bukan sahaja mengalami pembaziran dari segi kos dan masa. Banyak masalah disiplin seperti vandalisme dan kerosakan harta benda secara sengaja adalah manifestasi dari perasaan benci atau ketidakpuasan kepada sekolah. Sekiranya kita dapat wujudkan satu iklim sekolah di mana emosi negatif murid dapat dikurangkan, maka masalah disiplin dapat dikurangkan. Penggunaan tagline 'SJM Sekolah Pilihan Saya' merupakan satu usaha komprehensif untuk mewujudkan suasana sekolah yang kondusif, berteraskan khidmat penyayang supaya murid bergembira datang ke sekolah dan ibubapa yakin kepada sekolah. Konsep sekolah penyayang adalah berasaskan kepada pegangan (Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Wawasan Pendidikan - Agenda Pengisian) :
If a child lives with acceptance and friendship,
He learns to find love in the world.
Berikut adalah beberapa amalan atau program yang menjurus ke arah membudayakan 'SJM Sekolah Pilihan Saya'.

4.2.1 Persekitaran Yang Bersih, Ceria, Selamat Dan Bermaklumat
Sedikit kerosakan (atau kekotoran) jika tidak dibetulkan akan memberi mesej pentadbiran tidak prihatin dan kerosakan yang lebih besar akan berlaku dengan cepat (Theory of Broken Windows). Oleh itu usaha untuk membaiki kerosakan berlaku dengan cepat, walaupun sekeping kaca tingkap yang dipecahkan atau sehelai poster yang dikoyakkan. Kerosakan dalam penutup longkang, bumbung, astaka, tandas dan pintu bilik darjah dibetulkan dengan cepat untuk memberi mesej pihak sekolah mementingkan keselesaan dan keselamatan murid-murid.

4.2.2 Komunikasi Dan Sumbangan
Komunikasi dua hala guru, pentadbir dengan murid sangat penting. Murid-murid perlu berasa diiktiraf dan dihargai. Semangat kekitaan serta cinta kepada sekolah dapat disemai melalui perjumpaan yang tidak formal dalam keadaan yang selesa dan mesra. Dalam kes salahlaku disiplin murid, proses melaksanakan hukuman mesti bersama dengan komunikasi yang berunsur ajaran dan pemulihan. Komunikasi dua hala telah menghasilkan kesan yang positif ke arah mencapai 'SJM Sekolah Pilihan Saya'. Namun demikian pihak pengurusan perlu mengingatkan murid-murid bahawa kemesraan tidak bermaksud mengetepikan nilai-nilai murni seperti memberi salam dan menghormati guru. Untuk membolehkan semua murid menunjukkan bakat mereka, murid-murid berprestasi akademik rendah diberi peluang menunjukkan kehandalan mereka dan memberi sumbangan kepada sekolah. Sebagai contoh, murid yang berprestasi rendah dari segi akademik dapat menyumbangkan hasil karya mereka dalam bentuk sepanduk atau poster sempena perayaan ulangtahun kemerdekaan untuk dipamerkan. Mesejnya ialah : Semua murid ada peranan; semua murid boleh menyumbang.

4.2.3 Layanan Segera Ibubapa/penjaga
Amalan semua boleh layan ibubapa amat penting untuk memikat hati mereka. Seorang guru yang ibubapa hendak jumpa mungkin sedang sibuk. Guru lain, pentadbir atau staf sokongan yang dapat melapangkan masa boleh melayan mereka sementara mereka menunggu. Sebuah bilik satu bay di sebelah Pejabat Urusan Hal Ehwal Murid telah dijadikan Pejabat PIBG di mana ibubapa yang menunggu diberi layanan dalam keadaan yang selesa. Layanan yang baik ini dapat merapatkan hubungan silaturahim antara sekolah dengan ibubapa/penjaga dan mengurangkan konflik yang mungkin berlaku disebabkan oleh masalah di antara anak dengan guru.

4.2.4 Success Story and Positive Imaging
Untuk menganjakkan kepada persepsi SJM sebuah sekolah cemerlang, maklumat kejayaan akademik, kokurikulum, kerjaya bekas murid sentiasa diumumkan dan dipaparkan. Pancaragam dipilih sebagai watak sekolah. Melalui sokongan padu pelbagai pihak termasuk bekas murid dan usaha gigih ahli-ahli, pancaragam sekolah telah memenangi beberapa pertandingan sehingga ke peringkat negeri. Persembahan pancaragam di majlis seperti Sukan, Hari Terbuka, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG, Malam Kebudayaan, Hari Kantin dan Hari Kemerdekaan dapat memprojek satu imej yang positif tentang sekolah.



4.2.5 Latihan guru - Pengurusan gelagat murid
Usaha sekolah untuk membudayakan 'SJM Sekolah Pilihan Saya' telah menghasil berdasarkan pertunjuk seperti kadar vandalisme dan kerosakan yang berkurangan serta kes pergaduhan serius yang sangat minimum. Didapati ramai murid suka berada di sekolah untuk membuat ulangkaji atau bermesyuarat selepas waktu pelajaran. Guru-guru diberi latihan dalaman tentang kemahiran mengurus gelagat murid-murid yang berkebolehan dan dari latar belakang yang berlainan. Sistem mentor-mentee di mana setiap orang guru baru disandarkan kepada seorang guru senior yang dipilih oleh pihak pentadbiran berdasarkan kecemerlangan kerja beliau untuk mendapat on-the-job-training selama satu tahun. Melalui sistem ini, guru-guru baru dilatih dan dibiasakan dengan budaya kerja cemerlang pada pemulaan kerjaya mereka sebagai guru terlatih.

4.2.6 Visi sebagai daya penolak
Untuk menginstitusikan 'SJM Sekolah Pilihan Saya' sebagai satu daya penolak (driving force) untuk memajukan sekolah mengikut acuan sendiri, visi sekolah digubal semula menjadi 'SJM menjadi sekolah idaman masyarakat Kluang pada 2010'.

4.3 Program Murid, Oleh Murid, Untuk Murid
Bahagian Pengenalan Bab 5 PIPP menyatakan bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, mampu berfikir secara kritis dan kreatif dan berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Untuk membangunkan modal insan seperti yang dihasratkan oleh PIPP, satu panduan bertajuk 'Lima Elemen Utama Membangunkan Modal Insan' telah dirangkakan. Lima elemen diringkaskan dengan akronium PASTI yang mewakili pimpin, akhlak, sihat, trampil dan ilmu. Selanjutnya, PASTI telah dijadikan matlamat sekolah, iaitu, 'SJM berupaya melahirkan generasi yang berdaya kepimpinan tinggi, berakhlak mulia, sihat mental dan fizikal, berketrampilan dan berilmu pengetahuan (PASTI)'. Salah satu usaha yang berasaskan kepada konsep PASTI ialah 'Program Murid, Oleh Murid, Untuk Murid'.

'Program Murid, Oleh Murid, Untuk Murid' merupakan satu usaha sekolah untuk mengupayakan murid-murid untuk merancang dan menjalankan aktiviti kokurikulum dengan bimbingan, sokongan dan pemantauan guru-guru penasihat. Semua proses dari peringkat permohonan kebenaran, perancangan dan
perlaksanaan diuruskan oleh murid-murid sendiri. Unit Kokurikulum sekolah telah memberi kursus pada awal tahun ini kepada pemimpin-pemimpin murid berkenaan perancangan, penulisan surat permohonan rasmi, kertas kerja dan laporan, pengurusan kumpulan, membuat bajet dan ciri-ciri kepimpinan. Setakat ini beberapa aktiviti besar kokurikulum berasaskan amalan 'Program Murid, Oleh Murid, Untuk Murid' telah dijalankan dengan berjayanya. Aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan di luar waktu pembelajaran dan murid-murid yang terlibat tidak dikecualikan daripada tugasan kurikulum yang mereka perlu memenuhi. Dalam situasi yang penuh dengan kekangan dan cabaran, murid-murid yang terlibat dapat dilatih kemahiran multitasking, berdikari, pengurusan masa, menyusun keutamaan dan meningkatkan ketrampilan mereka.

4.4 Let The Manager Manage; The Manager Must Manage
Sebagai usaha ke arah pengurusan berkualiti, akauntabiliti yang lebih tinggi dan pengupayaan (empowerment) yang lebih berkesan amalan Let The Manager Manage; The Manager Must Manage ditegaskan. Penstrukturan semula dan pengagihan pegawai dilakukan di unit-unit tertentu untuk meningkatkan tahap profesionalisme unit-unit berkenaan. Peranan ketua-ketua sebagai pengurus pertengahan dan pengurus unit-unit tertentu ditakrifkan dan dijelaskan. Setiap pengurus mesti bertanggungjawab dan mempunyai akauntabiliti terhadap unit yang diurus. Pengurusan strategik dan pelaksanaan tugas berdasarkan ciri SMART (Specific, Measurable, Achievable, Realistic and Timeliness) menjadi indikator prestasi utama pada setiap peringkat tugas itu. Pemantauan secara berterusan dibuat oleh pentadbir dari aspek kuantiti, kualiti dan ketepatan masa hasil kerja.

4.5 Aplikasi Strategik ICT Dalam Pengurusan
Selain PPSMI, terdapat beberapa aplikasi ICT dalam pengurusan di unit-unit yang berlainan, masing-masing mempunyai sistem dan perisian (software) untuk tujuan yang spesifik. Sebagai contoh, pejabat mempunyai SMPP/EMIS; Unit Peperiksaan mempunyai SAPHC, program jadual waktu; Unit HEM mempunyai e-SSDM dan SMM; Unit Kokurikulum mempunyai sistem rekod kehadiran murid dan permarkahan kokurikulum; Unit Maklumat Sekolah mempunyai rekod profil sekolah dan Unit Media mempunyai rekod persejarahan sekolah.
Pembentukan satu sistem rangkaian sistem mengaplikasi ICT yang lebih strategik untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan merupakan satu cabaran yang sangat besar tetapi perlu. Semua yang terlibat perlu bertanggungjawab untuk memastikan kejituan dan integriti data. Sesi penerangan tentang kepentingan data yang jitu untuk perancangan di peringkat kementerian dibuat. Prosedur kerja berjadual dari peringkat pengumpulan data mentah sehingga ke peringkat penghantaran data ke pihak atasan disediakan. Penyelarasan, pemantauan dan penyemakan data-data yang tidak betul dibuat dengan rapi dan pegawai yang melakukan kesilapan dirujuk. Maklumat sepunya yang dapat dikongsi dikenalpasti untuk mengurangkan kerja ulangan. Jika perlu, kepakaran dari daerah atau negeri dirujuk untuk mendapat latihan dan penjelasan yang cukup tentang pengoperasian sistem berkenaan. Penegasan diberi untuk memanfaatkan maklumat yang ada dengan sepenuhnya dan bukan setakat dibuat untuk dihantar. Maklumat tentang pendapatan keluarga (SMM) dapat membantu sekolah mengenalpasti murid-murid yang miskin; e-SSDM memudahkan perbincangan dengan ibubapa dengan mempamerkan rekod-rekod salahlaku anak-anak mereka.

4.6 Audit Akademik
Audit akademik merupakan satu amalan untuk membudayakan perancangan program akademik berdasarkan analisis data dan maklumat ujian dan peperiksaan. Di sekolah, terdapat pelbagai jenis program kecemerlangan akademik yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Melalui kaedah audit akademik, perancangan menjadi lebih berstrategik dan dapat memberi impak yang lebih besar kepada peningkatan prestasi akademik.

4.6.1 Memanfaatkan SAPHC
Adalah satu pembaziran yang besar jika data dan maklumat dari SAPHC (Sistem Analisis Peperiksaan dengan Headcount) tidak dimanfaatkan sepenuhnya dalam perancangan program pengukuhan atau pemulihan akademik. Sebagai contoh pengauditan prestasi akademik dengan bantuan SAPHC dapat mengenalpasti murid-murid yang gagal satu mata pelajaran sahaja (near miss); murid-murid yang tidak menguasai mata pelajaran PPSMI; murid-murid tingkatan 4 dan 5 yang mendapat markah Bahasa Malaysia dalam julat markah 0-19, 20-29, 30-39 dan 40-49 untuk tindakan susulan panitia-panitia dan guru-guru yang berkenaan.

4.6.2 Graf Prestasi Diri
Selain itu, sistem audit akademik kendiri diperkenalkan dalam bentuk buku Audit Akademik Kendiri - Graf Prestasi Diri (AAK-GPD). Murid-murid melorekkan carta palang untuk markah setiap ujian atau peperiksaan dalaman mereka. Tujuannya adalah untuk mewujudkan satu rekod keputusan secara grafik untuk perbandingan dan penyemakan pola prestasi sendiri. Kaedah ini dapat meningkatkan akauntabiliti murid tentang prestasi diri mereka. AAK-GPD juga digunakan sebagai asas perbincangan dengan ibubapa pada hari terbuka.

4.6.3 Perfect Score
Untuk menghasilkan critical mass murid cemerlang yang mencukupi, program Perfect Score diperkenalkan. Program ini menggalakkan persaingan dalam kalangan murid-murid berprestasi tinggi. Majlis anugerah Perfect Score dijalankan semasa perhimpunan dan murid yang mencapai prestasi cemerlang (Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 3 -- 9 A dan ke atas; Tingkatan 4 dan 5 - 10 A dan ke atas). Anugerah ini adalah dalam bentuk lencana yang boleh dipakai. Sejak memulakan program ini pada tahun 2007, bilangan murid yang layak menerima perfect score semakin meningkat dan semoga persaingan sihat yang dicetuskan oleh program ini dapat melonjakkan pencapaian akademik sekolah.

5.0 PENUTUP

Dalam zaman yang dicirikan dengan kadar perubahan yang bereksponential ini, amalan rutin dan konvensional sahaja tidak mencukupi jika agenda nasional hendak dipenuhi. Daya yang 'meratakan' dunia (The 'flattening' force of the world) dibawa oleh globalisasi telah memberi erti yang baru kepada pendidikan di mana perubahan dan inovasi menjadi kata-kata kunci yang utama. Pembangunan modal insan berminda kelas pertama dari segi keupayaan dan intelek perlu usaha pelbagai perspektif dan dinamik. Sistem penyampaian perkhidmatan itu sendirinya adalah satu pembolehubah dalam dinamisme ini. Usaha yang berterusan untuk memurnikan pelbagai aspek amalan pengurusan di sekolah amat diperlukan demi untuk mencapai kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan yang lebih tinggi lagi. Semua pihak yang terlibat harus sedar satu hakikat, iaitu : Amalan yang terbaik semalam tidak semestinya sesuai untuk hari ini dan amalan terbaik hari ini tidak semestinya sesuai lagi untuk hari esok.

SENARAI RUJUKAN

Alimuddin Mohd. Dom. 2006, Kepimpinan Instruksional. Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jabatan Perdana Menteri. 1 Julai 1994. Panduan Melaksanakan Sistem Pemulihan Perkhidmatan, Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1994.

Jabatan Perdana Menteri. 2006. Rancangan Malaysia Ke-9 2006-2010, Bab 26.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

Thomas L. Friedman. 2005. The World Is Flat, The Globalised World In The Twenty-first Century. London : Penguin Group.

W. Chan Kim and Renee Mauborgne. 2005. Blue Ocean Strategy. United States : Harvard Business School Publishing Corp.

Wan Mohd Zahid Mond Noordin. 1994. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Lampiran
1. Visi Sekolah

2. SJM : Sekolah Pilihan Saya


3. Konsep PASTI


4. Graf Prestasi Kendiri

5. Perfect Score


6. Sekolah Bermaklumat

7. Latihan Dalam Perkhidmatan

8. Program Murid, Oleh Murid, Untuk Murid